info@yt.gov.my +609-621 1800 Soalan Lazim Peta Laman
| |

Berita

Siaran Facebook rasmi Yayasan Terengganu.

Siaran Facebook, 20 Oktober 2026

𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 𝐒𝐓𝐄𝐌 𝐎𝐔𝐓𝐑𝐄𝐀𝐂𝐇 𝐖𝐎𝐑𝐊𝐒𝐇𝐎𝐏 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐀 𝐌𝐈𝐍𝐀𝐓 𝐒𝐓𝐄𝐌 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐊𝐀𝐋𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐌𝐔𝐑𝐈𝐃 𝐒𝐄𝐊𝐎𝐋𝐀𝐇 𝐋𝐔𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑

𝗗𝗨𝗡𝗚𝗨𝗡 | 𝟭𝟵 𝗢𝗸𝘁𝗼𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟲

Yayasan Terengganu telah menganjurkan program Terengganu STEM Outreach Workshop 2026 (Rural School) bertempat di Sekolah Kebangsaan Kuala Jengal, Dungun, pada hari ini bagi memberi pendedahan kepada murid sekolah luar bandar terhadap bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Program ini menghimpunkan penyertaan daripada sekolah-sekolah sekitar daerah Setiu dengan pelbagai aktiviti menarik dan interaktif yang dirangka bagi meningkatkan pengetahuan, kemahiran serta minat murid terhadap bidang STEM.

Pelaksanaan program ini turut memberi peluang kepada para peserta untuk meneroka ilmu STEM melalui aktiviti pembelajaran secara praktikal, di samping menggalakkan pemikiran kreatif, kritis dan inovatif dalam kalangan murid. Pendedahan seumpama ini diharap dapat menyemai minat mereka untuk mendalami bidang STEM sebagai persediaan menghadapi cabaran pendidikan dan kerjaya pada masa hadapan.

Majlis penutupan program telah dirasmikan oleh YBrs. Puan Suffianah binti Jalaluddin, Ketua Penolong Pengarah (Pengurusan Imtiaz), Yayasan Terengganu.

Penganjuran program ini mencerminkan komitmen Yayasan Terengganu dalam memperluas akses pendidikan berkualiti serta menyediakan peluang pembelajaran yang bermakna kepada murid, khususnya di kawasan luar bandar.

Diharapkan program Terengganu STEM Outreach Workshop 2026 dapat terus menjadi platform dalam memupuk minat, mencungkil bakat dan melahirkan generasi muda yang berpengetahuan, berkemahiran serta berdaya saing dalam bidang STEM.

Berita Yayasan Terengganu - gambar 1

Siaran Facebook, 16 Oktober 2026

𝐊𝐄𝐑𝐀𝐉𝐀𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐈𝐃𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐌𝐄𝐑𝐈𝐓𝐔𝐒 𝐔𝐍𝐈𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐓𝐘

𝗞𝗨𝗔𝗟𝗔 𝗟𝗨𝗠𝗣𝗨𝗥 | 𝟭𝟱 𝗢𝗸𝘁𝗼𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟲

Kerajaan Negeri Terengganu terus komited memperluas peluang pendidikan kepada anak-anak negeri ini menerusi kunjungan hormat yang diketuai oleh YB Dato’ Haji Satiful Bahri bin Mamat, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan, ke atas YBhg. Tan Sri (Dr.) Halim Mohammad, Pengasas Meritus University.

Kunjungan ini bertujuan meneroka peluang dan ruang kerjasama dalam memperluas akses pendidikan kepada anak-anak Terengganu, khususnya dalam bidang maritim dan penerbangan (aviation), yang berpotensi membuka laluan kepada pembangunan kerjaya serta melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi dalam sektor berkenaan.

Selain itu, pertemuan ini turut menjadi platform untuk mengeratkan silaturahim serta memperkukuh hubungan strategik antara Kerajaan Negeri Terengganu, khususnya portfolio pendidikan, dengan pihak Meritus University dalam usaha meneroka peluang kerjasama yang dapat memberikan manfaat kepada generasi muda di negeri ini.

Kerjasama seumpama ini diharap dapat membuka lebih banyak peluang kepada anak-anak Terengganu untuk melanjutkan pengajian dalam bidang khusus yang berpotensi tinggi, sekali gus menyokong pembangunan modal insan dan memenuhi keperluan industri pada masa hadapan.

Turut hadir dalam kunjungan tersebut ialah YBrs. Encik Ahmad Farhan bin Abdul Wahab, Pengarah Yayasan Terengganu.

Kerajaan Negeri Terengganu berharap hubungan kerjasama yang terjalin ini dapat terus diperkukuh melalui inisiatif pendidikan yang berimpak tinggi demi memperkasa potensi anak-anak Terengganu serta melahirkan generasi yang berilmu, berkemahiran dan berdaya saing.

Siaran Facebook, 15 Oktober 2026

𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 𝐒𝐓𝐄𝐌 𝐎𝐔𝐓𝐑𝐄𝐀𝐂𝐇 𝐖𝐎𝐑𝐊𝐒𝐇𝐎𝐏 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐀 𝐌𝐈𝐍𝐀𝐓 𝐒𝐓𝐄𝐌 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐊𝐀𝐋𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐌𝐔𝐑𝐈𝐃 𝐒𝐄𝐊𝐎𝐋𝐀𝐇 𝐋𝐔𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑

𝗛𝗨𝗟𝗨 𝗧𝗘𝗥𝗘𝗡𝗚𝗚𝗔𝗡𝗨 | 𝟭𝟱 𝗢𝗸𝘁𝗼𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟲

Yayasan Terengganu telah menganjurkan program Terengganu STEM Outreach Workshop 2026 (Rural School) bertempat di Sekolah Kebangsaan Tengkawang, Hulu Terengganu, pada hari ini bagi memberi pendedahan kepada murid sekolah luar bandar terhadap bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).
Program ini menghimpunkan penyertaan daripada sekolah-sekolah sekitar daerah Setiu dengan pelbagai aktiviti menarik dan interaktif yang dirangka bagi meningkatkan pengetahuan, kemahiran serta minat murid terhadap bidang STEM.

Pelaksanaan program ini turut memberi peluang kepada para peserta untuk meneroka ilmu STEM melalui aktiviti pembelajaran secara praktikal, di samping menggalakkan pemikiran kreatif, kritis dan inovatif dalam kalangan murid. Pendedahan seumpama ini diharap dapat menyemai minat mereka untuk mendalami bidang STEM sebagai persediaan menghadapi cabaran pendidikan dan kerjaya pada masa hadapan.

Majlis penutupan program telah dirasmikan oleh YBrs. Haji Wan Mohd Azman bin Wan Abdullah , Ketua Penolong Pengarah (Kutipan Balik Pinjaman), Yayasan Terengganu. turut hadir, Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Terengganu, YBrs. Encik Halizan bin Mat Yusof.

Penganjuran program ini mencerminkan komitmen Yayasan Terengganu dalam memperluas akses pendidikan berkualiti serta menyediakan peluang pembelajaran yang bermakna kepada murid, khususnya di kawasan luar bandar.

Diharapkan program Terengganu STEM Outreach Workshop 2026 dapat terus menjadi platform dalam memupuk minat, mencungkil bakat dan melahirkan generasi muda yang berpengetahuan, berkemahiran serta berdaya saing dalam bidang STEM.

𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 𝐒𝐓𝐄𝐌 𝐎𝐔𝐓𝐑𝐄𝐀𝐂𝐇 𝐖𝐎𝐑𝐊𝐒𝐇𝐎𝐏 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐀 𝐌𝐈𝐍𝐀𝐓 𝐒𝐓𝐄𝐌 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐊𝐀𝐋𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐌𝐔𝐑𝐈𝐃 𝐒𝐄𝐊𝐎𝐋𝐀𝐇 𝐋𝐔𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑

𝗛𝗨𝗟𝗨 𝗧𝗘𝗥𝗘𝗡𝗚𝗚𝗔𝗡𝗨 | 𝟭𝟱 𝗢𝗸𝘁𝗼𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟲

Yayasan Terengganu telah menganjurkan program Terengganu STEM Outreach Workshop 2026 (Rural School) bertempat di Sekolah Kebangsaan Tengkawang, Hulu Terengganu, pada hari ini bagi memberi pendedahan kepada murid sekolah luar bandar terhadap bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).
Program ini menghimpunkan penyertaan daripada sekolah-sekolah sekitar daerah Setiu dengan pelbagai aktiviti menarik dan interaktif yang dirangka bagi meningkatkan pengetahuan, kemahiran serta minat murid terhadap bidang STEM.

Pelaksanaan program ini turut memberi peluang kepada para peserta untuk meneroka ilmu STEM melalui aktiviti pembelajaran secara praktikal, di samping menggalakkan pemikiran kreatif, kritis dan inovatif dalam kalangan murid. Pendedahan seumpama ini diharap dapat menyemai minat mereka untuk mendalami bidang STEM sebagai persediaan menghadapi cabaran pendidikan dan kerjaya pada masa hadapan.

Majlis penutupan program telah dirasmikan oleh YBrs. Haji Wan Mohd Azman bin Wan Abdullah , Ketua Penolong Pengarah (Kutipan Balik Pinjaman), Yayasan Terengganu. turut hadir, Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Terengganu, YBrs. Encik Halizan bin Mat Yusof.

Penganjuran program ini mencerminkan komitmen Yayasan Terengganu dalam memperluas akses pendidikan berkualiti serta menyediakan peluang pembelajaran yang bermakna kepada murid, khususnya di kawasan luar bandar.

Diharapkan program Terengganu STEM Outreach Workshop 2026 dapat terus menjadi platform dalam memupuk minat, mencungkil bakat dan melahirkan generasi muda yang berpengetahuan, berkemahiran serta berdaya saing dalam bidang STEM.

Berita Yayasan Terengganu - gambar 1

Siaran Facebook, 15 Oktober 2026

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐀𝐌𝐀𝐍𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐒𝐔𝐍𝐓𝐈𝐊 𝐒𝐄𝐌𝐀𝐍𝐆𝐀𝐓 𝐂𝐀𝐋𝐎𝐍 𝐒𝐏𝐌 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐓𝐏𝐌 𝐒𝐄𝐊𝐎𝐋𝐀𝐇-𝐒𝐄𝐊𝐎𝐋𝐀𝐇 𝐌𝐄𝐍𝐄𝐍𝐆𝐀𝐇 𝐈𝐌𝐓𝐈𝐀𝐙 𝐘𝐀𝐘𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 𝟐𝟎𝟐𝟔

𝗕𝗘𝗦𝗨𝗧 | 𝟭𝟱 𝗢𝗞𝗧𝗢𝗕𝗘𝗥 𝟮𝟬𝟮𝟲

Majlis Amanat Pengarah kepada Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Sekolah-Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Tahun 2026 telah diadakan di Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Besut, hari ini.

Amanat telah disampaikan oleh YBrs. Tuan Haji Megat Samsudin bin Megat Yusof, Timbalan Pengarah (Pendidikan) Yayasan Terengganu yang mewakili Pengarah Yayasan Terengganu.

Dalam amanatnya, beliau menyampaikan kata-kata semangat dan motivasi kepada semua calon agar terus berusaha dengan bersungguh-sungguh, mengekalkan disiplin diri serta memanfaatkan masa yang berbaki sebelum menghadapi peperiksaan. Beliau turut menzahirkan harapan agar semua calon dapat memberikan prestasi terbaik, mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan dan seterusnya mengharumkan nama sekolah serta Yayasan Terengganu.

Para calon juga diingatkan supaya sentiasa menjaga kesihatan fizikal dan mental, mengamalkan pengurusan masa yang baik serta memperkukuh persediaan dari segi ilmu, emosi dan spiritual. Sikap yakin pada diri sendiri, tidak mudah berputus asa dan sentiasa memohon doa serta restu ibu bapa dan guru turut menjadi antara elemen penting dalam menghadapi peperiksaan.

Majlis ini merupakan salah satu usaha Yayasan Terengganu untuk memberikan sokongan moral dan membina keyakinan dalam kalangan calon SPM dan STPM, di samping menyemarakkan semangat mereka untuk melakar kejayaan yang membanggakan.

Sebagai tanda sokongan terhadap persediaan menghadapi peperiksaan, kit persediaan turut diagihkan kepada calon-calon yang hadir. Inisiatif ini diharapkan dapat memberikan manfaat serta menjadi pembakar semangat kepada para calon untuk membuat persediaan dengan lebih terancang dan berfokus.

Semoga seluruh calon SPM dan STPM Sekolah-Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Tahun 2026 dikurniakan ketenangan, dipermudah segala urusan dan memperoleh kejayaan cemerlang dalam peperiksaan yang bakal ditempuhi.

Selamat maju jaya kepada semua calon SPM dan STPM Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Tahun 2026!

Siaran Facebook, 14 Oktober 2026

𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐓𝐑𝐀𝐍𝐒𝐅𝐎𝐑𝐌𝐀𝐒𝐈 𝐃𝐈𝐆𝐈𝐓𝐀𝐋 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐂𝐄𝐑𝐃𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐀𝐓𝐀𝐍 (𝐀𝐈) 𝐏𝐄𝐆𝐀𝐖𝐀𝐈 𝐘𝐀𝐘𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔

𝗞𝗨𝗔𝗟𝗔 𝗧𝗘𝗥𝗘𝗡𝗚𝗚𝗔𝗡𝗨 | 𝟭𝟯 𝗢𝗸𝘁𝗼𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟲

Yayasan Terengganu telah menganjurkan Kursus Transformasi Digital dan Kecerdasan Buatan (AI) selama 2 hari bertempat di Bangunan Pusat Latihan ICT, Paya Keladi.

Kursus ini melibatkan seramai 38 orang pegawai Yayasan Terengganu dengan bimbingan dua orang penceramah daripada Universiti Malaysia Terengganu (UMT), iaitu YBrs. Dr. Noor Azliza binti Che Mat dan YBrs. Dr. Ily Amalina bin Ahmad Sabri.

Penganjuran kursus ini bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pegawai dalam mendepani perkembangan teknologi digital serta memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam pelaksanaan tugas seharian.

Kursus ini diharapkan dapat meningkatkan kompetensi digital pegawai, memperluas penggunaan AI secara beretika dan bertanggungjawab, serta mengoptimumkan proses kerja bagi meningkatkan kecekapan, produktiviti dan mutu penyampaian perkhidmatan Yayasan Terengganu, di samping memupuk budaya kerja yang lebih inovatif, kreatif dan progresif.

Siaran Facebook, 13 Oktober 2026

𝒀𝑨𝒀𝑨𝑺𝑨𝑵 𝑻𝑬𝑹𝑬𝑵𝑮𝑮𝑨𝑵𝑼 𝑷𝑬𝑹𝑲𝑨𝑺𝑨 𝑱𝑨𝑹𝑰𝑵𝑮𝑨𝑵 𝑷𝑬𝑹𝑲𝑶𝑵𝑮𝑺𝑰𝑨𝑵 𝑷𝑬𝑵𝑫𝑰𝑫𝑰𝑲𝑨𝑵 𝑩𝑬𝑹𝑺𝑨𝑴𝑨 𝑳𝑬𝑴𝑩𝑨𝑮𝑨 𝒁𝑨𝑲𝑨𝑻 𝑵𝑬𝑮𝑬𝑹𝑰 𝑲𝑬𝑫𝑨𝑯

Yayasan Terengganu telah menerima kunjungan delegasi Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) sempena lawatan penanda aras berkaitan pelaksanaan skim pendidikan dan penajaan pelajar pada 12 Oktober 2026 (Isnin), bertempat di Yayasan Terengganu.

Lawatan tersebut bertujuan mendapatkan perkongsian pengalaman, maklumat serta amalan terbaik Yayasan Terengganu dalam pengurusan program pendidikan dan penajaan pelajar, khususnya sebagai rujukan bagi memperkukuh pelaksanaan program pendidikan untuk golongan asnaf di bawah LZNK.

Sesi perbincangan telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Megat Samsudin bin Megat Yusof, Timbalan Pengarah Pendidikan Yayasan Terengganu, yang turut menjadi platform perkongsian maklumat dan pengalaman berkaitan pelaksanaan inisiatif pendidikan serta pengurusan penajaan pelajar.

𝗦𝗘𝗧𝗜𝗨 | 𝟭𝟯 𝗢𝗸𝘁𝗼𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟲

Yayasan Terengganu telah menganjurkan program Terengganu STEM Outreach Workshop 2026 (Rural School) bertempat di Sekolah Kebangsaan Sungai Las, Setiu, pada hari ini bagi memberi pendedahan kepada murid sekolah luar bandar terhadap bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Program ini menghimpunkan penyertaan daripada sekolah-sekolah sekitar daerah Setiu dengan pelbagai aktiviti menarik dan interaktif yang dirangka bagi meningkatkan pengetahuan, kemahiran serta minat murid terhadap bidang STEM.

Pelaksanaan program ini turut memberi peluang kepada para peserta untuk meneroka ilmu STEM melalui aktiviti pembelajaran secara praktikal, di samping menggalakkan pemikiran kreatif, kritis dan inovatif dalam kalangan murid. Pendedahan seumpama ini diharap dapat menyemai minat mereka untuk mendalami bidang STEM sebagai persediaan menghadapi cabaran pendidikan dan kerjaya pada masa hadapan.

Majlis penutupan program telah dirasmikan oleh YBrs. Encik Wan Mohamad Nazir bin Wan Jusoh, Ketua Penolong Pengarah (Pendidikan Tinggi), Yayasan Terengganu.

Penganjuran program ini mencerminkan komitmen Yayasan Terengganu dalam memperluas akses pendidikan berkualiti serta menyediakan peluang pembelajaran yang bermakna kepada murid, khususnya di kawasan luar bandar.

Diharapkan program Terengganu STEM Outreach Workshop 2026 dapat terus menjadi platform dalam memupuk minat, mencungkil bakat dan melahirkan generasi muda yang berpengetahuan, berkemahiran serta berdaya saing dalam bidang STEM.

𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 𝐒𝐓𝐄𝐌 𝐎𝐔𝐓𝐑𝐄𝐀𝐂𝐇 𝐖𝐎𝐑𝐊𝐒𝐇𝐎𝐏 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐀 𝐌𝐈𝐍𝐀𝐓 𝐒𝐓𝐄𝐌 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐊𝐀𝐋𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐌𝐔𝐑𝐈𝐃 𝐒𝐄𝐊𝐎𝐋𝐀𝐇 𝐋𝐔𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑

𝗦𝗘𝗧𝗜𝗨 | 𝟭𝟯 𝗢𝗸𝘁𝗼𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟲

Yayasan Terengganu telah menganjurkan program Terengganu STEM Outreach Workshop 2026 (Rural School) bertempat di Sekolah Kebangsaan Sungai Las, Setiu, pada hari ini bagi memberi pendedahan kepada murid sekolah luar bandar terhadap bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Program ini menghimpunkan penyertaan daripada sekolah-sekolah sekitar daerah Setiu dengan pelbagai aktiviti menarik dan interaktif yang dirangka bagi meningkatkan pengetahuan, kemahiran serta minat murid terhadap bidang STEM.

Pelaksanaan program ini turut memberi peluang kepada para peserta untuk meneroka ilmu STEM melalui aktiviti pembelajaran secara praktikal, di samping menggalakkan pemikiran kreatif, kritis dan inovatif dalam kalangan murid. Pendedahan seumpama ini diharap dapat menyemai minat mereka untuk mendalami bidang STEM sebagai persediaan menghadapi cabaran pendidikan dan kerjaya pada masa hadapan.

Majlis penutupan program telah dirasmikan oleh YBrs. Encik Wan Mohamad Nazir bin Wan Jusoh, Ketua Penolong Pengarah (Pendidikan Tinggi), Yayasan Terengganu.

Penganjuran program ini mencerminkan komitmen Yayasan Terengganu dalam memperluas akses pendidikan berkualiti serta menyediakan peluang pembelajaran yang bermakna kepada murid, khususnya di kawasan luar bandar.

Diharapkan program Terengganu STEM Outreach Workshop 2026 dapat terus menjadi platform dalam memupuk minat, mencungkil bakat dan melahirkan generasi muda yang berpengetahuan, berkemahiran serta berdaya saing dalam bidang STEM.

Berita Yayasan Terengganu - gambar 1

Siaran Facebook, 12 Oktober 2026

𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 𝐒𝐓𝐄𝐌 𝐎𝐔𝐓𝐑𝐄𝐀𝐂𝐇 𝐖𝐎𝐑𝐊𝐒𝐇𝐎𝐏 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐀 𝐌𝐈𝐍𝐀𝐓 𝐒𝐓𝐄𝐌 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐊𝐀𝐋𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐋𝐔𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑

𝟭𝟮 𝗢𝗸𝘁𝗼𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟲 | 𝗕𝗘𝗦𝗨𝗧

Program Terengganu STEM Outreach Workshop 2026 (Rural School) yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan Keruak, Besut berjaya menghimpunkan seramai 120 orang pelajar dalam usaha memperkukuh minat dan pendedahan terhadap bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Majlis perasmian penutup program disempurnakan oleh Yang Berusaha Encik Wan Hishamuddin bin Wan Suhaime, Ketua Penolong Pengarah (Projek & Pengurusan Harta) Yayasan Terengganu.

Program ini menampilkan pelbagai aktiviti pembelajaran interaktif dengan kerjasama beberapa agensi dan institusi pendidikan, antaranya Pusat Asasi STEM, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu, JAZRO Academy serta pelajar Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Besut.

Antara aktiviti yang dilaksanakan termasuk uji kaji sains, robotik, penerokaan teknologi dron serta Klinik Al-Fatihah yang memberi peluang kepada para pelajar menimba ilmu dan pengalaman melalui pendekatan pembelajaran secara praktikal dan menyeronokkan.

Penganjuran program ini diharap dapat meningkatkan minat, kreativiti dan kemahiran berfikir secara kritis dalam kalangan pelajar, khususnya di kawasan luar bandar, di samping membuka ruang kepada mereka untuk meneroka potensi dan peluang dalam bidang STEM.

Usaha ini turut mencerminkan kepentingan kerjasama antara agensi dan institusi pendidikan dalam memperluas akses kepada pendidikan berkualiti serta melahirkan generasi muda yang berpengetahuan, berkemahiran dan bersedia menghadapi cabaran masa hadapan.

𝐘𝐓 𝐀𝐍𝐉𝐔𝐑 𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐏𝐑𝐎𝐓𝐎𝐊𝐎𝐋, 𝐄𝐓𝐈𝐊𝐄𝐓 𝐒𝐎𝐒𝐈𝐀𝐋 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐒𝐈𝐑𝐈 𝟐/𝟐𝟎𝟐𝟔

𝗞𝗨𝗔𝗟𝗔 𝗧𝗘𝗥𝗘𝗡𝗚𝗚𝗔𝗡𝗨 | 𝟭𝟭 𝗢𝗸𝘁𝗼𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟲

Yayasan Terengganu (YT) menganjurkan Kursus Protokol, Etiket Sosial dan Pengurusan Majlis Yayasan Terengganu Siri 2/2026 bagi meningkatkan pengetahuan serta kemahiran warga kerja dalam aspek protokol, etiket sosial dan pengurusan majlis rasmi.

Kursus berkenaan menampilkan penceramah jemputan, Yang Berusaha Tuan Haji Sophian bin Ab Rahman, Penolong Datuk Paduka Maharaja Lela, Istana Negara, yang berkongsi pengetahuan serta pengalaman berkaitan amalan protokol dan tatacara pengurusan majlis mengikut standard yang ditetapkan.

Penganjuran kursus siri 2/2026 ini lebih menfokuskan kepada pengendalian dan pengurusan majlis rasmi kerajaan. Inisiatif ini mencerminkan komitmen YT untuk terus memperkasa kompetensi dan profesionalisme warga kerja selaras dengan usaha memperkukuh kualiti penyampaian perkhidmatan organisasi.