info@yt.gov.my +609-621 1800 Soalan Lazim Peta Laman
| |

𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 𝐒𝐓𝐄𝐌 𝐎𝐔𝐓𝐑𝐄𝐀𝐂𝐇 𝐖𝐎𝐑𝐊𝐒𝐇𝐎𝐏 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐀 𝐌𝐈𝐍𝐀𝐓 𝐒𝐓𝐄𝐌 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐊𝐀𝐋𝐀𝐍𝐆...

12/10/2026

Facebook
𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 𝐒𝐓𝐄𝐌 𝐎𝐔𝐓𝐑𝐄𝐀𝐂𝐇 𝐖𝐎𝐑𝐊𝐒𝐇𝐎𝐏 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐀 𝐌𝐈𝐍𝐀𝐓 𝐒𝐓𝐄𝐌 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐊𝐀𝐋𝐀𝐍𝐆...
𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 𝐒𝐓𝐄𝐌 𝐎𝐔𝐓𝐑𝐄𝐀𝐂𝐇 𝐖𝐎𝐑𝐊𝐒𝐇𝐎𝐏 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐀 𝐌𝐈𝐍𝐀𝐓 𝐒𝐓𝐄𝐌 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐊𝐀𝐋𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐋𝐔𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑

𝟭𝟮 𝗢𝗸𝘁𝗼𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟲 | 𝗕𝗘𝗦𝗨𝗧

Program Terengganu STEM Outreach Workshop 2026 (Rural School) yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan Keruak, Besut berjaya menghimpunkan seramai 120 orang pelajar dalam usaha memperkukuh minat dan pendedahan terhadap bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Majlis perasmian penutup program disempurnakan oleh Yang Berusaha Encik Wan Hishamuddin bin Wan Suhaime, Ketua Penolong Pengarah (Projek & Pengurusan Harta) Yayasan Terengganu.

Program ini menampilkan pelbagai aktiviti pembelajaran interaktif dengan kerjasama beberapa agensi dan institusi pendidikan, antaranya Pusat Asasi STEM, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu, JAZRO Academy serta pelajar Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Besut.

Antara aktiviti yang dilaksanakan termasuk uji kaji sains, robotik, penerokaan teknologi dron serta Klinik Al-Fatihah yang memberi peluang kepada para pelajar menimba ilmu dan pengalaman melalui pendekatan pembelajaran secara praktikal dan menyeronokkan.

Penganjuran program ini diharap dapat meningkatkan minat, kreativiti dan kemahiran berfikir secara kritis dalam kalangan pelajar, khususnya di kawasan luar bandar, di samping membuka ruang kepada mereka untuk meneroka potensi dan peluang dalam bidang STEM.

Usaha ini turut mencerminkan kepentingan kerjasama antara agensi dan institusi pendidikan dalam memperluas akses kepada pendidikan berkualiti serta melahirkan generasi muda yang berpengetahuan, berkemahiran dan bersedia menghadapi cabaran masa hadapan.




Galeri