Facebook
𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐀𝐌𝐀𝐍𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐒𝐔𝐍𝐓𝐈𝐊 𝐒𝐄𝐌𝐀𝐍𝐆𝐀𝐓 𝐂𝐀𝐋𝐎𝐍 𝐒𝐏𝐌 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐓𝐏𝐌 𝐒𝐄𝐊𝐎𝐋𝐀𝐇-𝐒𝐄𝐊𝐎𝐋𝐀𝐇 𝐌𝐄𝐍𝐄𝐍𝐆𝐀𝐇 𝐈𝐌𝐓𝐈𝐀𝐙 𝐘𝐀𝐘𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 𝟐𝟎𝟐𝟔
𝗕𝗘𝗦𝗨𝗧 | 𝟭𝟱 𝗢𝗞𝗧𝗢𝗕𝗘𝗥 𝟮𝟬𝟮𝟲
Majlis Amanat Pengarah kepada Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Sekolah-Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Tahun 2026 telah diadakan di Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Besut, hari ini.
Amanat telah disampaikan oleh YBrs. Tuan Haji Megat Samsudin bin Megat Yusof, Timbalan Pengarah (Pendidikan) Yayasan Terengganu yang mewakili Pengarah Yayasan Terengganu.
Dalam amanatnya, beliau menyampaikan kata-kata semangat dan motivasi kepada semua calon agar terus berusaha dengan bersungguh-sungguh, mengekalkan disiplin diri serta memanfaatkan masa yang berbaki sebelum menghadapi peperiksaan. Beliau turut menzahirkan harapan agar semua calon dapat memberikan prestasi terbaik, mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan dan seterusnya mengharumkan nama sekolah serta Yayasan Terengganu.
Para calon juga diingatkan supaya sentiasa menjaga kesihatan fizikal dan mental, mengamalkan pengurusan masa yang baik serta memperkukuh persediaan dari segi ilmu, emosi dan spiritual. Sikap yakin pada diri sendiri, tidak mudah berputus asa dan sentiasa memohon doa serta restu ibu bapa dan guru turut menjadi antara elemen penting dalam menghadapi peperiksaan.
Majlis ini merupakan salah satu usaha Yayasan Terengganu untuk memberikan sokongan moral dan membina keyakinan dalam kalangan calon SPM dan STPM, di samping menyemarakkan semangat mereka untuk melakar kejayaan yang membanggakan.
Sebagai tanda sokongan terhadap persediaan menghadapi peperiksaan, kit persediaan turut diagihkan kepada calon-calon yang hadir. Inisiatif ini diharapkan dapat memberikan manfaat serta menjadi pembakar semangat kepada para calon untuk membuat persediaan dengan lebih terancang dan berfokus.
Semoga seluruh calon SPM dan STPM Sekolah-Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Tahun 2026 dikurniakan ketenangan, dipermudah segala urusan dan memperoleh kejayaan cemerlang dalam peperiksaan yang bakal ditempuhi.
Selamat maju jaya kepada semua calon SPM dan STPM Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Tahun 2026!
#yt2026
#MembanguNilaiMerintisKejayaan
#imtiazthebestschoolintheworld
#TerengganuMajuBerkatSejahtera
#MalaysiaMadani