Facebook
𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 𝐒𝐓𝐄𝐌 𝐎𝐔𝐓𝐑𝐄𝐀𝐂𝐇 𝐖𝐎𝐑𝐊𝐒𝐇𝐎𝐏 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐀 𝐌𝐈𝐍𝐀𝐓 𝐒𝐓𝐄𝐌 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐊𝐀𝐋𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐌𝐔𝐑𝐈𝐃 𝐒𝐄𝐊𝐎𝐋𝐀𝐇 𝐋𝐔𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑
𝗦𝗘𝗧𝗜𝗨 | 𝟭𝟯 𝗢𝗸𝘁𝗼𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟲
Yayasan Terengganu telah menganjurkan program Terengganu STEM Outreach Workshop 2026 (Rural School) bertempat di Sekolah Kebangsaan Sungai Las, Setiu, pada hari ini bagi memberi pendedahan kepada murid sekolah luar bandar terhadap bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).
Program ini menghimpunkan penyertaan daripada sekolah-sekolah sekitar daerah Setiu dengan pelbagai aktiviti menarik dan interaktif yang dirangka bagi meningkatkan pengetahuan, kemahiran serta minat murid terhadap bidang STEM.
Pelaksanaan program ini turut memberi peluang kepada para peserta untuk meneroka ilmu STEM melalui aktiviti pembelajaran secara praktikal, di samping menggalakkan pemikiran kreatif, kritis dan inovatif dalam kalangan murid. Pendedahan seumpama ini diharap dapat menyemai minat mereka untuk mendalami bidang STEM sebagai persediaan menghadapi cabaran pendidikan dan kerjaya pada masa hadapan.
Majlis penutupan program telah dirasmikan oleh YBrs. Encik Wan Mohamad Nazir bin Wan Jusoh, Ketua Penolong Pengarah (Pendidikan Tinggi), Yayasan Terengganu.
Penganjuran program ini mencerminkan komitmen Yayasan Terengganu dalam memperluas akses pendidikan berkualiti serta menyediakan peluang pembelajaran yang bermakna kepada murid, khususnya di kawasan luar bandar.
Diharapkan program Terengganu STEM Outreach Workshop 2026 dapat terus menjadi platform dalam memupuk minat, mencungkil bakat dan melahirkan generasi muda yang berpengetahuan, berkemahiran serta berdaya saing dalam bidang STEM.
#yt2026
#MembanguNilaiMerintisKejayaan
#TerengganuMajuBerkatSejahtera
#MalaysiaMadani