info@yt.gov.my +609-621 1800 Soalan Lazim Peta Laman
| |

Berita

Siaran Facebook rasmi Yayasan Terengganu.

Siaran Facebook, 13 Julai 2026

𝐘𝐀𝐘𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 𝐓𝐄𝐑𝐈𝐌𝐀 𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐅𝐀𝐊𝐔𝐋𝐓𝐈 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐒𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐊𝐀𝐒𝐈 𝐔𝐏𝐒𝐈

𝟭𝟯 𝗝𝘂𝗹𝗮𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟲 | 𝗞𝗨𝗔𝗟𝗔 𝗧𝗘𝗥𝗘𝗡𝗚𝗚𝗔𝗡𝗨

Yayasan Terengganu hari ini menerima kunjungan hormat daripada delegasi Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang disambut oleh Timbalan Pengarah (Pendidikan) Yayasan Terengganu, YBrs. Tuan Haji Megat Samsudin bin Megat Yusof dalam usaha memperkukuh hubungan strategik antara kedua-dua institusi.

Kunjungan tersebut menjadi platform untuk bertukar pandangan mengenai potensi kerjasama dalam bidang pendidikan, penyelidikan, pembangunan bakat serta pelaksanaan program yang memberi manfaat kepada pelajar dan masyarakat.

Yayasan Terengganu mengalu-alukan jalinan kerjasama yang lebih erat bersama institusi pengajian tinggi bagi memperkasakan agenda pembangunan modal insan serta kecemerlangan pendidikan demi manfaat generasi masa hadapan.

Berita Yayasan Terengganu - gambar 1

Siaran Facebook, 09 Julai 2026

“𝐖𝐚𝐜𝐚𝐧𝐚 𝐊𝐞𝐬𝐞𝐝𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐒𝐢𝐛𝐞𝐫: 𝐓𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐬𝐞𝐝𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐓𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧𝐢 𝐏𝐚𝐧𝐠𝐠𝐢𝐥𝐚𝐧 𝐒𝐜𝐚𝐦”

𝟵 𝗝𝘂𝗹𝗮𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟲 | 𝗞𝘂𝗮𝗹𝗮 𝗧𝗲𝗿𝗲𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻𝘂

Yayasan Terengganu hari ini menganjurkan “Wacana Kesedaran Siber: Tangani Panggilan Scam, Lindungi Wang dan Data Anda” sebagai usaha meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai ancaman jenayah siber yang semakin membimbangkan.

Inspektor Nor Hidalwati binti Muda, Pegawai Penyiasat Siasatan Jenayah Komersil, Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu telah dijemput sebagai penceramah wacana tersebut.

Sepanjang sesi perkongsian, kakitangan diberi pendedahan mengenai taktik terkini sindiket penipuan atau ‘scam’, termasuk panggilan telefon yang menyamar sebagai pegawai agensi kerajaan, pihak bank dan syarikat perkhidmatan. Peserta turut didedahkan dengan langkah-langkah mengenal pasti modus operandi penjenayah serta tindakan yang perlu diambil sekiranya menerima panggilan atau mesej yang mencurigakan.

Selain itu, penceramah turut menekankan kepentingan menjaga kerahsiaan maklumat peribadi dan data kewangan, di samping mengingatkan orang ramai agar tidak sesekali berkongsi kata laluan, nombor TAC atau maklumat perbankan dengan mana-mana pihak yang tidak dikenali.

Penganjuran wacana ini selaras dengan usaha berterusan bagi meningkatkan literasi keselamatan siber dalam kalangan masyarakat memandangkan jenayah penipuan dalam talian merupakan antara ancaman utama yang mengakibatkan kerugian kewangan kepada mangsa.

Melalui program ini, Yayasan Terengganu berharap peserta dapat meningkatkan tahap kewaspadaan dan menjadi ejen penyebar maklumat kepada keluarga serta komuniti dalam usaha bersama membendung jenayah siber dan melindungi wang serta data peribadi.

Siaran Facebook, 07 Julai 2026

𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐀𝐊𝐀𝐃𝐄𝐌𝐈 𝐋𝐀𝐔𝐓 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 (𝐀𝐋𝐀𝐌) 𝐊𝐄 𝐘𝐀𝐘𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔

Akademi Laut Malaysia (ALAM) merupakan institusi latihan maritim terkemuka negara yang menawarkan pelbagai program pendidikan dan latihan dalam bidang maritim, perkapalan, logistik serta industri berkaitan bagi memenuhi keperluan tenaga kerja berkemahiran tinggi di peringkat nasional dan antarabangsa.

Kunjungan hormat pihak ALAM ke Yayasan Terengganu yang disambut oleh Ketua Penolong Pengarah (Pembangunan Pendidikan) Yayasan Terengganu, YBrs. Tuan Haji Othman bin Ngah bagi membincangkan dan meneroka peluang kerjasama strategik, khususnya berkaitan penajaan dan bantuan pendidikan kepada anak-anak Terengganu yang berpotensi untuk mengikuti program pengajian yang ditawarkan oleh ALAM.

Lawatan ini juga diadakan sebagai lawatan balas susulan kunjungan pihak Yayasan Terengganu ke ALAM pada bulan April yang lalu serta sebagai kesinambungan kepada perbincangan awal mengenai peluang kerjasama dalam pembangunan modal insan maritim negeri Terengganu. Delegasi Alam di ketuai oleh Encik Ismaida Zamri bin Ismail, MD Ceo of Malaysia Maritime Academy Sdn Bhd.

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐒𝐓𝐄𝐌 𝐎𝐔𝐓𝐑𝐄𝐀𝐂𝐇 𝐖𝐎𝐑𝐊𝐒𝐇𝐎𝐏 𝐅𝐀𝐒𝐀 𝟏 (𝐙𝐎𝐍 𝐂) 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐁𝐄𝐑𝐉𝐀𝐘𝐀 𝐃𝐈𝐋𝐀𝐊𝐒𝐀𝐍𝐀𝐊𝐀𝐍

𝟳 𝗝𝘂𝗹𝗮𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟲 | 𝗞𝗨𝗔𝗟𝗔 𝗧𝗘𝗥𝗘𝗡𝗚𝗚𝗔𝗡𝗨

Yayasan Terengganu melalui Program S.T.E.M Outreach Workshop Fasa 1 (Zon C) Tahun 2026 yang diadakan di Sekolah Menengah IMTIAZ Yayasan Terengganu Kuala Terengganu terus komited memperkasa pendidikan STEM dalam kalangan pelajar negeri Terengganu.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Mohamad Nazir bin Mat Said, Penolong Setiausaha Kerajaan (Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan). Program ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada pelajar mengenai bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) melalui pembelajaran interaktif dan aplikasi teknologi semasa.

Pelaksanaan program ini turut mendapat kerjasama strategik daripada pelbagai agensi dan institusi pendidikan termasuk JPNT, JPINT, UMT, UniSZA, UiTM Cawangan Terengganu, Kolej Universiti TATI serta sekolah-sekolah yang terlibat.

Diharapkan program ini dapat menyemai minat, meningkatkan kesedaran serta melahirkan lebih ramai generasi muda yang berdaya saing, inovatif dan cemerlang dalam bidang STEM demi pembangunan negeri dan negara pada masa hadapan.

Siaran Facebook, 30 Jun 2026

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐒𝐓𝐄𝐌 𝐎𝐔𝐓𝐑𝐄𝐀𝐂𝐇 𝐖𝐎𝐑𝐊𝐒𝐇𝐎𝐏 𝐅𝐀𝐒𝐀 𝟏 (𝐙𝐎𝐍 𝐁) 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐁𝐄𝐑𝐉𝐀𝐘𝐀 𝐃𝐈𝐋𝐀𝐊𝐒𝐀𝐍𝐀𝐊𝐀𝐍

𝟮𝟵 𝗝𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟲 | 𝗕𝗘𝗦𝗨𝗧

Yayasan Terengganu melalui Program S.T.E.M Outreach Workshop Fasa 1 (Zon 😎 Tahun 2026 yang diadakan di Sekolah Menengah IMTIAZ Yayasan Terengganu Besut terus komited memperkasa pendidikan STEM dalam kalangan pelajar negeri Terengganu.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Ketua Penolong Pengarah (Penajaan) Yayasan Terengganu, Encik Azwandi bin Mohamad. Program ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada pelajar mengenai bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) melalui pembelajaran interaktif dan aplikasi teknologi semasa.

Siaran Facebook, 29 Jun 2026

𝐘𝐀𝐘𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 𝐓𝐄𝐑𝐈𝐌𝐀 𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐑𝐈𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐘𝐀𝐘𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐎𝐕𝐀𝐒𝐈 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀

𝟮𝟵 𝗝𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟲 | 𝗞𝗨𝗔𝗟𝗔 𝗧𝗘𝗥𝗘𝗡𝗚𝗚𝗔𝗡𝗨

Yayasan Terengganu hari ini menerima kunjungan hormat daripada delegasi Yayasan Inovasi Malaysia sebagai usaha memperkukuh hubungan strategik serta meneroka peluang kerjasama dalam pembangunan inovasi, pendidikan dan pembangunan modal insan.

Kunjungan daripada Yayasan Inovasi Malaysia disambut oleh Timbalan Pengarah (Pendidikan) Yayasan Terengganu, YBrs. Tuan Haji Megat Samsudin bin Megat Yusof menjadi platform kepada kedua-dua pihak untuk bertukar pandangan mengenai pelbagai inisiatif yang berpotensi dilaksanakan secara bersama, khususnya dalam memperkasakan budaya inovasi serta melahirkan masyarakat yang kreatif dan berdaya saing.

Selain membincangkan hala tuju kerjasama pada masa hadapan, sesi tersebut turut memberi ruang kepada kedua-dua organisasi berkongsi pengalaman, kepakaran dan amalan terbaik dalam pelaksanaan program yang memberi manfaat kepada komuniti.

Yayasan Terengganu berharap jalinan kerjasama yang terjalin menerusi kunjungan hormat ini akan membuka lebih banyak peluang untuk melaksanakan program berimpak tinggi demi manfaat rakyat serta menyokong agenda pembangunan negeri dan negara.

𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐘𝐁𝐇𝐆. 𝐃𝐀𝐓𝐎’ 𝐒𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐑. 𝐇𝐀𝐉𝐈 𝐙𝐔𝐋𝐊𝐈𝐅𝐋𝐈 𝐁𝐈𝐍 𝐌𝐎𝐇𝐀𝐌𝐀𝐃 𝐀𝐋-𝐁𝐀𝐊𝐑𝐈 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐈𝐋𝐀𝐈𝐀𝐍 𝐌𝐎𝐃𝐔𝐋 𝐐𝐎𝐖𝐈𝐘𝐘𝐔𝐋 𝐀𝐌𝐈𝐍

𝟮𝟵 𝗝𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟲 | 𝗞𝗨𝗔𝗟𝗔 𝗧𝗘𝗥𝗘𝗡𝗚𝗚𝗔𝗡𝗨

Yayasan Terengganu hari ini menerima kunjungan hormat YBhg. Dato’ Seri Dr. Haji Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri bagi sesi penilaian dan pemberian maklum balas terhadap Modul Qowiyyul Amin, iaitu modul pembangunan adab dan sahsiah yang dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan IMTIAZ, Yayasan Terengganu.

Sesi ini bertujuan mendapatkan pandangan, cadangan penambahbaikan serta nilai tambah daripada YBhg. Dato’ Seri bagi memperkukuh kandungan modul agar terus relevan dan berimpak dalam membentuk sahsiah murid Sekolah Menengah IMTIAZ Yayasan Terengganu.

Modul Qowiyyul Amin merupakan antara inisiatif strategik Yayasan Terengganu dalam memperkasakan pembangunan adab, akhlak dan sahsiah murid, selaras dengan aspirasi IMTIAZ untuk melahirkan generasi Ulul Albab yang cemerlang dari aspek intelektual, spiritual dan kepimpinan.

Turut hadir dalam sesi tersebut ialah Penolong Kanan Hal Ehwal Murid serta Penolong Kanan Ulul Albab Sekolah Menengah IMTIAZ Yayasan Terengganu.

Semoga segala pandangan dan perkongsian yang diberikan dapat memperkukuh pelaksanaan Modul Qowiyyul Amin serta menyokong usaha berterusan Yayasan Terengganu dalam melahirkan generasi IMTIAZ yang berilmu, berakhlak mulia dan berdaya saing.

Siaran Facebook, 23 Jun 2026

𝗠𝗮𝗷𝗹𝗶𝘀 𝗟𝗮𝗺𝗯𝗮𝗶𝗮𝗻 𝗞𝗮𝘀𝗶𝗵, 𝗦𝗮𝗻𝗷𝘂𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗕𝘂𝗱𝗶 𝗣𝗲𝗻𝗴𝘂𝗿𝘂𝘀𝗮𝗻 𝗦𝗠 𝗜𝗺𝘁𝗶𝗮𝘇 𝗬𝗮𝘆𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗧𝗲𝗿𝗲𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻𝘂

PAYA BUNGA HOTEL | 23 Jun 2026 - Dalam suasana penuh penghargaan dan kenangan, telah berlangsung Majlis Lambaian Kasih, Sanjungan Budi Pengurusan Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu sebagai tanda penghormatan dan penghargaan kepada warga pengurusan yang telah menabur bakti serta menyumbang jasa dalam memartabatkan kecemerlangan pendidikan Imtiaz.

Majlis yang disempurnakan oleh YBrs. Pengarah Yayasan Terengganu ini turut diserikan dengan ucapan penuh makna daripada Ustaz Haji Ruslan bin Ibrahim, Mantan Pengetua Imtiaz Yayasan Terengganu Kemaman selaku wakil pesara. Beliau berkongsi pengalaman, kenangan dan penghargaan sepanjang perjalanan perkhidmatan dalam keluarga besar Imtiaz.

Turut berlangsung penyampaian hadiah penghargaan kepada para pesara sebagai simbol penghormatan dan terima kasih atas segala jasa, pengorbanan serta komitmen yang telah dicurahkan demi kecemerlangan institusi pendidikan Yayasan Terengganu.

Semoga segala bakti yang ditinggalkan menjadi inspirasi kepada generasi penerus untuk terus melakar kecemerlangan, manakala para pesara sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan serta keberkatan dalam kehidupan.

Jasa dikenang, budi disanjung, pengorbanan dihargai sepanjang zaman.

Siaran Facebook, 22 Jun 2026

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗦.𝗧.𝗘.𝗠 𝗢𝗨𝗧𝗥𝗘𝗔𝗖𝗛 𝗪𝗢𝗥𝗞𝗦𝗛𝗢𝗣 𝗙𝗔𝗦𝗔 𝟭 (𝗭𝗢𝗡 𝗔) 𝟮𝟬𝟮𝟲 𝗕𝗘𝗥𝗝𝗔𝗬𝗔 𝗗𝗜𝗟𝗔𝗞𝗦𝗔𝗡𝗔𝗞𝗔𝗡

MARANG, 22 Jun 2026 - Yayasan Terengganu melalui Program S.T.E.M Outreach Workshop Fasa 1 (Zon A) Tahun 2026 terus komited memperkasa pendidikan STEM dalam kalangan pelajar negeri Terengganu.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah (Operasi) Yayasan Terengganu, Encik Mohd Nazri bin Muda. Program ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada pelajar mengenai bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) melalui pembelajaran interaktif dan aplikasi teknologi semasa.

Pelaksanaan program ini turut mendapat kerjasama strategik daripada pelbagai agensi dan institusi pendidikan termasuk JPNT, JPINT, UMT, UniSZA, UiTM Kuala Terengganu, Kolej Universiti TATI serta sekolah-sekolah yang terlibat.