info@yt.gov.my +609-621 1800 Soalan Lazim Peta Laman
| |

Berita

Siaran Facebook rasmi Yayasan Terengganu.

Siaran Facebook, 12 Mac 2026

𝐌𝐁 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 𝐌𝐄𝐑𝐈𝐀𝐇𝐊𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐀𝐏𝐑𝐄𝐒𝐈𝐀𝐒𝐈 & 𝐈𝐅𝐓𝐀𝐑 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐀𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐇𝐀𝐒𝐈𝐒𝐖𝐀 𝐀𝐍𝐀𝐊 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 (𝐏𝐄𝐑𝐌𝐀𝐓𝐀) 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔

𝟭𝟮 𝗠𝗔𝗖 𝟮𝟬𝟮𝟲 | 𝗞𝗨𝗔𝗟𝗔 𝗧𝗘𝗥𝗘𝗡𝗚𝗚𝗔𝗡𝗨

Menteri Besar Terengganu, YAB Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar merasmikan Majlis Apresiasi & Iftar Perdana PERMATA Kebangsaan Tahun 2026 yang berlangsung di Duyong Convention Centre, Duyong Marina & Resort hari ini.

Majlis berkenaan menghimpunkan mahasiswa anak Terengganu yang menuntut di pelbagai institusi pengajian tinggi dalam negara sebagai platform mengeratkan hubungan silaturahim selain menghargai sumbangan serta pencapaian mereka dalam bidang akademik dan kepimpinan.

Dalam ucapannya, Ahmad Samsuri menzahirkan penghargaan kepada para mahasiswa yang menjadi aset penting kepada pembangunan negeri serta menggalakkan mereka terus berusaha mencapai kecemerlangan demi menyumbang kepada kemajuan Terengganu pada masa hadapan.

Program tersebut turut diserikan dengan majlis berbuka puasa bersama serta penyampaian penghargaan kepada mahasiswa yang menunjukkan prestasi cemerlang dan aktif dalam kegiatan persatuan.

Majlis Apresiasi & Iftar Perdana ini diharap dapat menjadi platform memperkukuh jaringan antara mahasiswa anak Terengganu di peringkat kebangsaan selain memupuk semangat kebersamaan dalam kalangan generasi muda negeri ini.

Berita Yayasan Terengganu - gambar 1

Siaran Facebook, 10 Mac 2026

𝐒𝐈𝐍𝐀𝐑 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐇𝐀𝐆𝐈𝐀𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐀𝐓 𝟑𝟔𝟐 𝐌𝐔𝐑𝐈𝐃 𝐀𝐒𝐍𝐀𝐅 & 𝐘𝐀𝐓𝐈𝐌 𝐒𝐌 𝐈𝐌𝐓𝐈𝐀𝐙 𝐘𝐓

𝟭𝟬 𝗠𝗔𝗖 𝟮𝟬𝟮𝟲 | 𝗞𝗨𝗔𝗟𝗔 𝗧𝗘𝗥𝗘𝗡𝗚𝗚𝗔𝗡𝗨

Suasana penuh barakah menyelubungi Camellia Ballroom, Hotel Paya Bunga apabila Yayasan Terengganu berjaya menganjurkan Majlis Santunan Kasih Mahabbah Murid Asnaf dan Yatim Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Tahun 2026. Majlis yang dihadiri oleh 200 orang murid ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Haji Ahmad Shah bin Muhamed, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan Negeri Terengganu. Kehadiran beliau bukan sahaja menyerikan majlis, malah meniup semangat buat para murid untuk terus tekad menggapai impian sebagai Generasi Ulul Albab yang bakal memacu masa depan negeri selaras dengan Pelan Induk Terengganu Sejahtera (PITAS 2030).

Majlis ini turut menyaksikan manifestasi kerjasama erat melalui model Public-Private Partnership dengan pengumpulan sumbangan berjumlah keseluruhan RM54,300.00. Komitmen jitu ini dizahirkan oleh rakan korporat prihatin iaitu Tenaga Nasional Berhad (TNB) sebanyak RM10,000.00, Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) berjumlah RM20,000.00, serta Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat) sebanyak RM24,300.00. Dana yang terkumpul ini merupakan satu bentuk pelaburan akhirat yang amat bermakna dalam memikul amanah memperkasakan agenda kebajikan serta kelestarian pendidikan anak-anak negeri Terengganu.

Penerima manfaat bagi keseluruhan sumbangan ini merangkumi murid-murid asnaf dan yatim dari Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu, termasuk mereka yang tidak dapat hadir bersama yang turut disantuni melalui agihan sumbangan daripada Bank Rakyat. Inisiatif murni ini berjaya menyantuni seramai 362 orang murid secara keseluruhan, sekaligus membuktikan komitmen jitu dalam menjaga kebajikan anak-anak ini di bulan yang mulia. Semoga usaha di penghujung Ramadan ini memberikan sinar kegembiraan buat mereka, sekali gus menjadi pemangkin kepada lahirnya generasi teknokrat yang bertaqwa dan hebat pada masa hadapan.

Siaran Facebook, 26 Februari 2026

𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐔𝐧𝐢𝐒𝐙𝐀 𝐊𝐄 𝐘𝐀𝐘𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐈𝐃𝐈𝐊𝐀𝐍

𝟮𝟲 𝗙𝗲𝗯𝗿𝘂𝗮𝗿𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟲 | 𝗞𝗨𝗔𝗟𝗔 𝗧𝗘𝗥𝗘𝗡𝗚𝗚𝗔𝗡𝗨

Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) melalui Pusat Asasi Sains dan Perubatan (PUSPA) telah mengadakan kunjungan hormat ke Yayasan Terengganu di pejabat Yayasan Terengganu, hari ini.

Delegasi UniSZA diketuai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Madya Dato’ Ts. Dr. Mohd Hafiz Yusoff @ Che Abdullah. Turut hadir Pengarah PUSPA, Prof. Madya Dr. Sharifah Wajihah Wafa Syed Saadun Tarek Wafa; Timbalan Dekan Akademik dan Siswazah, Fakulti Perubatan, Dr. Siti Fadziyah Mohd Asri; Penyelaras Jaminan Kualiti PUSPA, Chm. Dr. Nurul Najidah Mohamed serta pegawai dari Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) dan PUSPA.

Ketibaan delegasi disambut Pengarah Yayasan Terengganu, YBrs. Encik Ahmad Farhan Abdul Wahab. Antara fokus utama kunjungan ini adalah bagi membincangkan ruang dan peluang penajaan pelajar oleh Yayasan Terengganu, khususnya bagi pelajar program Asasi Ulul Albab yang berhasrat melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan di UniSZA.

Pertemuan itu turut membuka ruang perbincangan strategik bagi memperkukuh jaringan kerjasama antara kedua-dua pihak demi manfaat pembangunan pendidikan anak-anak Terengganu pada masa hadapan.

Kunjungan berkenaan diharap menjadi titik tolak kepada kolaborasi yang lebih erat dan berimpak tinggi dalam memperkasa agenda pendidikan universiti.

Siaran Facebook, 25 Februari 2026

𝟐𝟎 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐂𝐄𝐌𝐄𝐑𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐌𝐄𝐍𝐄𝐑𝐈𝐌𝐀 𝐁𝐈𝐀𝐒𝐈𝐒𝐖𝐀 𝐘𝐓-𝐓𝐈 𝐘𝐎𝐔𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐋𝐄𝐍𝐓 𝐒𝐂𝐇𝐎𝐋𝐀𝐑𝐒𝐇𝐈𝐏 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌𝐌𝐄

𝟮𝟱 𝗙𝗲𝗯𝗿𝘂𝗮𝗿𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟲 | 𝗞𝗨𝗔𝗟𝗔 𝗧𝗘𝗥𝗘𝗡𝗚𝗚𝗔𝗡𝗨

Seramai 20 pelajar cemerlang diraikan sebagai penerima Biasiswa YT–TI Young Talent Scholarship Programme bagi sesi 2025/2026 dalam satu majlis apresiasi yang berlangsung di Tingkat 18, Wisma Darul Iman hari ini.

Majlis telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Haji Satiful Bahari bin Mamat, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan mewakili Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar, Menteri Besar Terengganu yang menegaskan komitmen berterusan dalam pembangunan modal insan berkualiti tinggi sebagai teras utama kemajuan Terengganu. Pelaburan dalam pendidikan disifatkan sebagai strategi jangka panjang bagi melahirkan tenaga profesional tempatan yang berilmu, berkemahiran dan berintegriti.

Program biasiswa tersebut merupakan hasil kerjasama erat bersama Terengganu Incorporated serta syarikat anak dan rakan strategik yang konsisten menyumbang kepada pembangunan pendidikan negeri.

Antara penyumbang utama ialah EPIC Berhad, TDM Berhad, Syarikat Air Terengganu dan Ladang Rakyat Terengganu yang menyalurkan penajaan pendidikan mencecah jutaan ringgit setiap tahun sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat mereka.

Para penerima biasiswa mengikuti pelbagai bidang kritikal termasuk farmasi, kejuruteraan, tenaga boleh diperbaharui, teknologi elektrik, sains kesihatan, aktuari dan perakaunan, selaras dengan keperluan Revolusi Industri 4.0 dan ekonomi digital.

Kerajaan Negeri berharap para pelajar akan memanfaatkan peluang yang diberikan, seterusnya kembali menyumbang kepakaran kepada pembangunan Terengganu pada masa hadapan.

Siaran Facebook, 22 Februari 2026

𝐒𝐄𝐉𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐓𝐄𝐑𝐂𝐈𝐏𝐓𝐀: 𝐒𝐄𝐊𝐎𝐋𝐀𝐇 𝐌𝐄𝐍𝐄𝐍𝐆𝐀𝐇 𝐈𝐌𝐓𝐈𝐀𝐙 𝐘𝐀𝐘𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 𝐌𝐀𝐑𝐀𝐍𝐆 𝐃𝐈𝐈𝐊𝐓𝐈𝐑𝐀𝐅 𝐒𝐄𝐁𝐀𝐆𝐀𝐈 𝐀𝐏𝐏𝐋𝐄 𝐃𝐈𝐒𝐓𝐈𝐍𝐆𝐔𝐈𝐒𝐇𝐄𝐃 𝐒𝐂𝐇𝐎𝐎𝐋 (𝐀𝐃𝐒) 𝟐𝟎𝟐𝟓–𝟐𝟎𝟐𝟖

𝟮𝟮 𝗙𝗲𝗯𝗿𝘂𝗮𝗿𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟲 | 𝗞𝗨𝗔𝗟𝗔 𝗧𝗘𝗥𝗘𝗡𝗚𝗚𝗔𝗡𝗨

Satu lagi pencapaian luar biasa buat pendidikan Negeri Terengganu! Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Marang kini secara rasminya telah dianugerahkan status berprestij Apple Distinguished School (ADS) bagi tempoh 2025–2028. Pencapaian ini amat bermakna kerana ia mencatatkan sejarah sebagai Sekolah Agama (Tahfiz) pertama di Malaysia yang menerima pengiktirafan di peringkat antarabangsa, sekali gus menjadi satu-satunya rangkaian Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu di negeri ini yang memegang gelaran tersebut.

Kejayaan bersejarah ini meletakkan sekolah ini dalam kelompok elit 1,000 sekolah terpilih di seluruh dunia dan antara 15 sekolah terbaik di Malaysia. Detik bermakna ini telah diraikan dalam Majlis Apresiasi ADS yang berlangsung di Hotel Permai, Kuala Terengganu. Majlis telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Haji Ahmad Shah bin Mohamed, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan. yang mewakili Yang Berhormat Dato’ Haji Satiful Bahari bin Mamat, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan.

Sebagai bentuk penghormatan, Puan Wan Noraini binti Wan Daud (Leadership & Learning, Apple) telah dijemput bagi menyampaikan Sijil Pengiktirafan Apple Distinguished School kepada Tuan Haji Wan Azman bin Wan Abdullah, Pengetua Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Marang. Sesi penyerahan ini turut disaksikan oleh Yang Berhormat Haji Ahmad Shah bin Mohamed dan Yang Berusaha Encik Ahmad Farhan bin Abdul Wahab, Pengarah Yayasan Terengganu, menandakan sokongan padu terhadap transformasi digital pendidikan di negeri ini.

Anugerah ini adalah hasil komitmen berterusan warga sekolah dalam mengintegrasikan teknologi Apple secara kreatif melalui elemen Inspire, Imagine, dan Impact. Semoga kejayaan ini terus memacu ekosistem pendidikan digital di Terengganu dan menjadi inspirasi dalam melahirkan generasi Ulul Albab yang bukan sahaja teguh sahsiahnya, malah berdaya saing di peringkat global. Tahniah diucapkan kepada seluruh warga Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Marang atas kecemerlangan ini!

Siaran Facebook, 16 Februari 2026

𝐉𝐔𝐑𝐔𝐓𝐄𝐊𝐍𝐈𝐊 𝐘𝐀𝐘𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀𝐈 𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐀𝐒𝐀𝐒 𝐏𝐄𝐌𝐀𝐒𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐅𝐈𝐁𝐄𝐑 𝐎𝐏𝐓𝐈𝐊

𝟭𝟲 𝗙𝗲𝗯𝗿𝘂𝗮𝗿𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟲 | 𝗞𝗨𝗔𝗟𝗔 𝗧𝗘𝗥𝗘𝗡𝗚𝗚𝗔𝗡𝗨

Semua juruteknik dari ibu pejabat dan daerah menyertai kursus Pengenalan Asas Pemasangan Fiber Optik yang berlangsung selama dua hari di TD1303.

Program anjuran TD1303 Sdn. Bhd. itu bertujuan memberi pendedahan awal berkaitan teknik dan prosedur asas pemasangan fiber optik bagi meningkatkan kompetensi teknikal peserta.

Kursus berkenaan diadakan sebagai persediaan untuk melaksanakan kerja-kerja pemasangan dan menaik taraf rangkaian internet di sekolah, sekali gus melengkapkan kemudahan internet di Sekolah-Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu.

Sepanjang dua hari program, para peserta didedahkan dengan aspek teori dan praktikal termasuk kaedah pemasangan, penyambungan kabel serta penyelenggaraan asas sistem rangkaian fiber optik.

Inisiatif ini dilihat mampu memperkukuh keupayaan teknikal dalaman serta memastikan penyediaan infrastruktur internet yang lebih stabil dan efisien di semua Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu.

Siaran Facebook, 13 Februari 2026

𝐌𝐄𝐌𝐀𝐂𝐔 𝐊𝐎𝐋𝐀𝐁𝐎𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐈𝐃𝐈𝐊𝐀𝐍: 𝐈𝐍𝐓𝐄𝐑𝐍𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍𝐀𝐋 𝐈𝐒𝐋𝐀𝐌𝐈𝐂 𝐒𝐂𝐇𝐎𝐎𝐋 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐒𝐀𝐍𝐓𝐔𝐍𝐈 𝐘𝐀𝐘𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔

𝟭𝟯 𝗙𝗲𝗯𝗿𝘂𝗮𝗿𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟲 | 𝗞𝗨𝗔𝗟𝗔 𝗟𝗨𝗠𝗣𝗨𝗥

Pengarah Yayasan Terengganu, YBrs. Encik Ahmad Farhan bin Abdul Wahab bersama delegasi telah mengadakan kunjungan hormat ke International Islamic School Malaysia di bilik mesyuarat IIUM Schools Sdn. Bhd. Lawatan ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan serta mendapatkan maklumat berkaitan pengurusan dan pencapaian sekolah.

Dalam sesi taklimat tersebut, pihak sekolah membentangkan operasi, struktur organisasi dan sumber manusia. Perbincangan turut merangkumi pengambilan pelajar, termasuk sasaran tahunan, bilangan pendaftaran serta yuran dan kaedah bayaran.

Selain itu, kemudahan pembelajaran dan penginapan pelajar serta prestasi akademik dan kokurikulum turut dibincangkan. Secara keseluruhannya, lawatan ini berjalan lancar dan membuka peluang kerjasama yang lebih erat pada masa hadapan.

Siaran Facebook, 10 Februari 2026

"𝐈𝐍𝐓𝐄𝐂 & 𝐘𝐚𝐲𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐫𝐞𝐧𝐠𝐠𝐚𝐧𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐊𝐞𝐫𝐣𝐚𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐒𝐭𝐫𝐚𝐭𝐞𝐠𝐢𝐤 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐢𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧"

𝟭𝟬 𝗙𝗲𝗯𝗿𝘂𝗮𝗿𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟲 | 𝗞𝗨𝗔𝗟𝗔 𝗧𝗘𝗥𝗘𝗡𝗚𝗚𝗔𝗡𝗨

Yayasan Terengganu telah menerima kunjungan hormat daripada INTEC Education College bagi membincangkan potensi kerjasama strategik dalam bidang pendidikan. Perbincangan ini bertujuan meneroka peluang kolaborasi yang dapat menyokong pembangunan pendidikan serta memperluaskan akses kepada peluang pembelajaran berkualiti untuk anak-anak Terengganu.

𝐌𝐄𝐌𝐀𝐂𝐔 𝐓𝐑𝐀𝐍𝐒𝐅𝐎𝐑𝐌𝐀𝐒𝐈 𝐘𝐀𝐘𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 : 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍 𝐓𝐈𝐍𝐃𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐓𝐑𝐀𝐓𝐄𝐆𝐈𝐊 𝟐𝟎𝟐𝟔

𝟭𝟬 𝗙𝗲𝗯𝗿𝘂𝗮𝗿𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟲 | 𝗞𝗨𝗔𝗟𝗔 𝗧𝗘𝗥𝗘𝗡𝗚𝗚𝗔𝗡𝗨

Yayasan Terengganu (YT) telah menganjurkan Bengkel Pelan Tindakan Strategik Yayasan Terengganu 2026 selama dua hari sebagai langkah memperkukuh hala tuju strategik organisasi ke arah kecemerlangan berterusan.

Bengkel tersebut telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Encik Ahmad Farhan bin Abdul Wahab, Pengarah Yayasan Terengganu, yang menegaskan kepentingan perancangan strategik yang menyeluruh dan berimpak tinggi dalam memastikan YT kekal relevan serta berdaya saing.

Dalam ucapannya, beliau memfokuskan empat teras utama sebagai tonggak pelaksanaan Pelan Tindakan Strategik YT 2026 iaitu Pemerkasaan Pendidikan, Pengukuhan Pelaburan dan Penjanaan Ekonomi, Kemampanan Tadbir Urus dan Kompetensi Bakat serta Digitalisasi dan Kecerdasan Buatan (AI).

Menurut beliau, keempat-empat teras tersebut perlu diterjemahkan secara bersepadu melalui inisiatif yang realistik, boleh diukur dan berorientasikan hasil bagi memperkukuh peranan Yayasan Terengganu sebagai peneraju pembangunan pendidikan dan sosioekonomi negeri.

Bengkel ini turut menampilkan Encik Ahmad Termizi bin Ab Aziz, Timbalan Pengarah (Pengurusan) HosZa sebagai panel jemputan yang berkongsi pandangan serta amalan terbaik berkaitan pengurusan strategik, tadbir urus dan pembangunan bakat organisasi.

Penganjuran bengkel ini dilihat sebagai platform penting dalam menyelaras kefahaman, memperkukuh komitmen serta merangka pelan tindakan yang lebih mampan dan berpaksikan Pelan Strategik Yayasan Terengganu 2022-2026.