info@yt.gov.my +609-621 1800 Soalan Lazim Peta Laman
| |

Berita

Siaran Facebook rasmi Yayasan Terengganu.

Siaran Facebook, 11 Oktober 2026

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈𝐀𝐍 𝐌𝐈𝐍𝐆𝐆𝐔 𝐈𝐍𝐃𝐔𝐊𝐒𝐈 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐀𝐂𝟏𝟓𝟏 (𝐅𝐈𝐀) 𝐔𝐈𝐓𝐌 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐔𝐒 𝐃𝐔𝐍𝐆𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔

𝗨𝗶𝗧𝗠 𝗗𝘂𝗻𝗴𝘂𝗻 | 𝟭𝟬 𝗢𝗸𝘁𝗼𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟲

Majlis Perasmian Minggu Induksi Program AC151 (Foundation in Accountancy - FIA) telah berlangsung di Sudut AZKA @ Library Community Engagement, Perpustakaan Cendekiawan.

Program persediaan tajaan Biasiswa Skim Pelajar Cemerlang (SPC) Yayasan Terengganu ini merupakan hasil kerjasama strategik antara Yayasan Terengganu, Universiti Teknologi MARA (UiTM), dan Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) yang telah digerakkan sejak tahun 2021.

Melalui inisiatif ini, seramai 50 orang pelajar telah menerima tajaan pendidikan sejak awal perlaksanaannya. Bagi ambilan tahun 2026, seramai 12 orang pelajar baharu berpotensi tinggi telah terpilih untuk menerima biasiswa berkenaan bagi meneruskan pengajian ke peringkat kelayakan profesional ACCA.

Majlis yang dirasmikan oleh YBrs. Tuan Haji Megat Samsudin bin Megat Yusof, Timbalan Pengarah Pendidikan Yayasan Terengganu turut dihadiri oleh YBrs. Dr. Syahrul Hezrin Mahmud, Penolong Rektor UiTM Kampus Kuala Terengganu), YBrs. Encik Azwandi bin Mohamad,KPP Penajaan Yayasan Terengganu, YBrs. Puan Nur Raihana binti Mohd Sallem, KPP Fakulti Perakaunan UiTM Cawangan Terengganu, YBrs. Puan Shahidatul Akhmam Rambeli,Timbalan Ketua Pustakawan Kanan, ketua-ketua unit, para ibu bapa, dan pelajar baharu.

Semoga para pelajar memanfaatkan peluang ini untuk menguasai ilmu perakaunan, kemahiran digital, serta memelihara integriti demi masa depan negeri dan negara. Selamat maju jaya! 🎓✨

𝗦𝘂𝗺𝗯𝗲𝗿 𝗳𝗼𝘁𝗼 : 𝗟𝗘𝗡𝗦𝗔 𝗨𝗶𝗧𝗠 𝗧𝗘𝗥𝗘𝗡𝗚𝗚𝗔𝗡𝗨

Berita Yayasan Terengganu - gambar 1

Siaran Facebook, 01 Oktober 2026

𝐘𝐓 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐍𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐇𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐋𝐔𝐈 𝐁𝐄𝐍𝐆𝐊𝐄𝐋 𝐒𝐓𝐑𝐀𝐓𝐄𝐆𝐈 𝐊𝐎𝐌𝐏𝐑𝐄𝐇𝐄𝐍𝐒𝐈𝐅

𝗣𝗨𝗧𝗥𝗔𝗝𝗔𝗬𝗔 | 𝟭 𝗢𝗸𝘁𝗼𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟲

Yayasan Terengganu (YT) menganjurkan Bengkel Strategi Komprehensif Pengurusan, Pelindungan dan Pengeluaran Hasil Hutan bagi Konsesi Yayasan Terengganu sebagai platform memperkukuh pengurusan kawasan konsesi secara lebih sistematik, berkesan dan mampan.

Bengkel berkenaan dirasmikan oleh YBrs. Encik Ahmad Farhan bin Abdul Wahab, Pengarah Yayasan Terengganu, dan turut dihadiri YBrs. Tuan Haji Ramli bin Mat, Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu (JPNT), serta pegawai-pegawai JPNT dan YT.

Bengkel memberi tumpuan kepada hala tuju Rancangan Pengurusan Hutan Yayasan Terengganu 2026–2035, meliputi aspek pemantauan, perlindungan kawasan, kelestarian ekosistem serta pengeluaran hasil hutan secara seimbang.

Antara isu utama yang dibincangkan ialah pencerobohan kawasan konsesi serta langkah memperkukuh kawalan melalui mekanisme pemantauan, kerjasama strategik antara YT dan JPNT, pengenalpastian kawasan berisiko serta penggunaan teknologi yang bersesuaian.

Bengkel ini turut menjadi platform perkongsian maklumat dan perbincangan antara kedua-dua pihak bagi merangka tindakan praktikal serta memperkukuh kerjasama dalam memastikan pengurusan konsesi dilaksanakan secara teratur, berkesan dan lestari.

YT berharap hasil perbincangan bengkel dapat diterjemahkan kepada tindakan nyata, sekali gus menjadi asas kepada pengurusan konsesi hutan yang lebih tersusun dan mampan untuk tempoh akan datang.

𝐘𝐀𝐘𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 𝐇𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑 𝟏𝟏 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐍𝐉𝐔𝐓𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐉𝐈𝐀𝐍 𝐈𝐒𝐋𝐀𝐌 𝐊𝐄 𝐓𝐔𝐍𝐈𝐒𝐈𝐀

𝗞𝗨𝗔𝗟𝗔 𝗟𝗨𝗠𝗣𝗨𝗥 | 𝟮𝟵 𝗦𝗲𝗽𝘁𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟲

Yayasan Terengganu menghantar seramai 11 orang pelajar ke Ez-Zitouna University, Tunisia bagi melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam.

Kesemua pelajar berkenaan berlepas ke Tunisia pada 29 September 2026 bagi memulakan pengajian dalam bidang Pengajian Islam di institusi pengajian tinggi berkenaan.

Penghantaran pelajar tersebut dilaksanakan melalui Skim Pinjaman Boleh Ubah Yayasan Terengganu, yang memberi peluang kepada anak-anak Terengganu untuk melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi, termasuk di luar negara.

Program ini turut mencerminkan komitmen Yayasan Terengganu dalam menyediakan peluang pendidikan kepada pelajar negeri itu, khususnya dalam bidang pengajian Islam di peringkat antarabangsa.

Diharapkan kesemua pelajar yang dihantar dapat memanfaatkan peluang tersebut dengan sebaik-baiknya, seterusnya memperoleh ilmu dan pengalaman yang dapat disumbangkan kepada masyarakat serta negeri Terengganu selepas menamatkan pengajian.

Penghantaran 11 pelajar ke Ez-Zitouna University ini juga menjadi salah satu usaha berterusan dalam memperluas akses pendidikan tinggi dan melahirkan generasi berilmu, khususnya dalam bidang Pengajian Islam.

Siaran Facebook, 30 September 2026

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐀𝐌𝐀𝐍𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐘𝐓 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐂𝐀𝐋𝐎𝐍 𝐒𝐏𝐌 𝐏𝐏𝐘𝐓 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔

𝗞𝗨𝗔𝗟𝗔 𝗧𝗘𝗥𝗘𝗡𝗚𝗚𝗔𝗡𝗨 | 𝟯𝟬 𝗦𝗲𝗽𝘁𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟲

Seramai 236 orang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2026 dari Pusat Pendidikan Yayasan Terengganu (PPYT) Besut dan PPYT Kuala Berang menerima amanat, sokongan serta kata-kata semangat daripada Pengarah Yayasan Terengganu, Yang Berusaha Encik Ahmad Farhan bin Abdul Wahab dalam satu majlis yang diadakan hari ini.

Majlis Amanat Pengarah kepada Calon SPM PPYT 2026 itu diadakan sebagai persediaan dan suntikan semangat kepada para calon yang bakal menduduki peperiksaan SPM yang dijadualkan bermula pada 26 Oktober 2026.

Dalam amanatnya, Ahmad Farhan menyeru para calon agar terus memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap persediaan menghadapi peperiksaan, di samping menjaga disiplin, kesihatan dan kesejahteraan diri sepanjang tempoh peperiksaan.

Beliau turut menzahirkan sokongan Yayasan Terengganu kepada semua calon serta berharap mereka dapat menggunakan segala ilmu dan bimbingan yang telah diberikan oleh para guru untuk mencapai keputusan yang membanggakan.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Timbalan Pengarah (Operasi) Yayasan Terengganu, Yang Berusaha Encik Mohd Nazri bin Muda.

Dalam majlis yang sama, Yayasan Terengganu turut meraikan lima orang pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang dalam Peperiksaan Percubaan SPM yang berlangsung baru-baru ini.

Pencapaian tersebut menjadi sumber inspirasi kepada calon-calon lain untuk terus berusaha dengan gigih dan meningkatkan prestasi masing-masing menjelang peperiksaan sebenar.

Sebagai tanda keprihatinan dan sokongan kepada calon, Yayasan Terengganu turut menyampaikan kit alat tulis kepada semua calon SPM yang hadir. Sumbangan tersebut diharapkan dapat membantu melengkapkan keperluan para pelajar sepanjang menduduki peperiksaan.

Yayasan Terengganu berharap seluruh calon SPM Tahun 2026 dapat memanfaatkan tempoh akhir persediaan dengan sebaiknya, terus berusaha, berdoa dan yakin dengan kemampuan diri masing-masing bagi menghadapi peperiksaan yang bakal ditempuhi.

Siaran Facebook, 28 September 2026

"𝐌𝐄𝐋𝐄𝐁𝐀𝐑 𝐒𝐀𝐘𝐀𝐏 𝐇𝐈𝐍𝐆𝐆𝐀 𝐊𝐄 𝐂𝐇𝐈𝐍𝐀: 𝐑𝐄𝐙𝐄𝐊𝐈 & 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀 𝐀𝐍𝐀𝐊-𝐀𝐍𝐀𝐊 𝐓𝐀𝐇𝐅𝐈𝐙 𝐌𝐀𝐑𝐀𝐍𝐆"

28 September 2026

Perjalanan ribuan batu bermula dengan langkah pertama. Hari ini, 9 orang anak-anak Terengganu lepasan SPM Tahfiz Mandarin Imtiaz Marang rasmi melangkah ke China untuk memulakan fasa baharu pengajian tinggi mereka di Tianjin University!

Perjuangan mereka bukan mudah. Selepas bertungkus-rumus menguasai persediaan Bahasa Mandarin di UC TATI dan menyempurnakan program HSK selama 10 bulan di Guangzhou Huashang Vocational College, kini mereka sedia menggalas cabaran dalam bidang Pengurusan Perniagaan dan Sains Komputer.

Pergilah anak-anak…
Bawa nama Terengganu di dada.
Bawa doa dan restu ibu ayah.
Bawa harapan seluruh warga Terengganu.

Semoga Allah SWT sentiasa memelihara keselamatan mereka, mempermudahkan urusan menuntut ilmu, dan mengurniakan kejayaan yang gilang-gemilang.

𝐘𝐀𝐘𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 𝐀𝐍𝐉𝐔𝐑 𝐁𝐄𝐍𝐆𝐊𝐄𝐋 𝐏𝐑𝐎𝐓𝐎𝐊𝐎𝐋 𝐃𝐀𝐍 𝐄𝐓𝐈𝐊𝐄𝐓 𝐒𝐎𝐒𝐈𝐀𝐋 𝐒𝐈𝐑𝐈 𝟏/𝟐𝟎𝟐𝟔

𝗞𝗨𝗔𝗟𝗔 𝗧𝗘𝗥𝗘𝗡𝗚𝗚𝗔𝗡𝗨 | 𝟮𝟳 𝗦𝗲𝗽𝘁𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟲

Yayasan Terengganu telah mengadakan Kursus Protokol dan Etiket Sosial Siri 1/2026 sebagai salah satu usaha memperkukuh pengetahuan serta meningkatkan kemahiran warga kerja dalam aspek protokol, pengurusan majlis dan etiket sosial.
Kursus berkenaan telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Encik Nazri bin Muda, Timbalan Pengarah (Operasi), Yayasan Terengganu.

Program ini turut menampilkan penceramah jemputan khas, Yang Berusaha Tuan Haji Sophian bin Ab Rahman, Penolong Datuk Paduka Maharaja Lela, Istana Negara, yang berkongsi ilmu dan pengalaman berkaitan amalan protokol serta etiket sosial dalam urusan rasmi.

Penganjuran kursus ini diharap dapat memberikan pendedahan yang lebih menyeluruh kepada para peserta mengenai tatacara dan pengendalian majlis rasmi, di samping meningkatkan keyakinan serta profesionalisme dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab.

Kursus Protokol dan Etiket Sosial Siri 1/2026 juga mencerminkan komitmen Yayasan Terengganu dalam memperkasa kompetensi warga kerja melalui program pembangunan dan peningkatan kemahiran secara berterusan.

Siaran Facebook, 24 September 2026

"𝐏𝐄𝐋𝐔𝐀𝐍𝐆 𝐂𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐃𝐈 𝐋𝐔𝐀𝐑 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 : 𝐒𝐊𝐈𝐌 𝐏𝐈𝐍𝐉𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐁𝐎𝐋𝐄𝐇 𝐔𝐁𝐀𝐇 𝐘𝐀𝐘𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 𝐁𝐔𝐊𝐀 𝐉𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐀𝐓 𝟏𝟗 𝐎𝐑𝐀𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔"

𝗞𝗨𝗔𝗟𝗔 𝗧𝗘𝗥𝗘𝗡𝗚𝗚𝗔𝗡𝗨 | 𝟮𝟰 𝗦𝗲𝗽𝘁𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟲

Yayasan Terengganu terus membuktikan komitmen berterusan dalam memperkasakan pembangunan modal insan negeri apabila memperuntukkan pembiayaan berjumlah RM3.16 juta menerusi Skim Pinjaman Boleh Ubah (PBU) bagi membiayai 19 pelajar anak tempatan yang bakal melanjutkan pengajian ke China dan Tunisia.

Inisiatif berkenaan diraikan menerusi Majlis Apresiasi Penerima Pinjaman Boleh Ubah Yayasan Terengganu Ke China Dan Tunisia Tahun 2026 yang berlangsung penuh Dewan Besar Yayasan Terengganu. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan Negeri Terengganu, Yang Berhormat Dato' Haji Satiful Bahari bin Mamat.

Hadir sama ke majlis itu ialah Timbalan Pengarah (Pendidikan) YT, Tuan Haji Megat Samsuddin bin Megat Yusof; Timbalan Pengarah (Operasi) YT, Mohd Nazri bin Muda; Timbalan Rektor (Akademik & Pengantarabangsaan) UC TATi, Ts. Dr. Mohd Najib bin Muhamed serta barisan pegawai kanan Yayasan Terengganu.

Daripada jumlah keseluruhan penerima, seramai lapan orang pelajar ditawarkan pembiayaan PBU berjumlah RM2,287,720.00 untuk melanjutkan pengajian ke China. Mereka bakal menjalani kursus persediaan HSK selama 10 bulan di Guangzhou Huashang Vocational College sebelum menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengurusan Perniagaan dan Sains Komputer di Tianjin University bagi tempoh keseluruhan 4.5 tahun, dengan kos penajaan bernilai RM285,965.00 bagi setiap pelajar.

Sementara itu, seramai 11 orang pelajar lagi menerima sumbangan pembiayaan PBU berjumlah RM874,000.00 bagi melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam di Ez-Zitouna University, Tunisia bagi tempoh empat tahun. Setiap pelajar menerima nilai penajaan berjumlah RM79,488.00 bagi menampung sepanjang tempoh pengajian di sana. Walau bagaimanapun, kadar nilai penajaan berkenaan adalah tertakluk kepada perubahan mengikut pertukaran mata wang asing semasa.

Penganjuran majlis ini bukan sahaja memberikan suntikan semangat kepada para pelajar yang bakal berlepas, malah menjadi bukti kesungguhan Yayasan Terengganu dalam membuka ruang serta peluang pendidikan berkualiti tinggi di peringkat antarabangsa demi melahirkan generasi masa depan yang berdaya saing.

Siaran Facebook, 22 September 2026

𝗭𝗘𝗥𝗢 𝗧𝗢 𝗛𝗘𝗥𝗢 | 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗢𝗡𝗚𝗦𝗜𝗔𝗡 𝗙𝗢𝗥𝗠𝗨𝗟𝗔 𝗛𝗜𝗗𝗨𝗣 𝗕𝗘𝗥𝗝𝗔𝗬𝗔

𝗞𝗨𝗔𝗟𝗔 𝗧𝗘𝗥𝗘𝗡𝗚𝗚𝗔𝗡𝗨 | 𝟮𝟮 𝗦𝗲𝗽𝘁𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟲

Yayasan Terengganu dengan kerjasama Al-Ikhsan Sports telah menganjurkan Program “Zero To Hero: Perkongsian Formula Hidup Berjaya” bersama murid Pusat Pendidikan Yayasan Terengganu (PPYT) pada 22 September 2026 bertempat di Batu Buruk Beach Resort.

Program ini menjadi platform perkongsian inspirasi dan pengalaman bagi menyuntik semangat kepada para pelajar untuk terus berusaha, membina keyakinan diri serta berani menetapkan impian yang lebih besar.

Turut hadir memeriahkan program ialah Ketua Penolong Pengarah Pembangunan Pendidikan Haji Othman bin Ngah, Penolong Pengarah Kanan Pembangunan Pendidikan Cik Faizah Nasriah binti Osman bersama barisan pengurusan serta warga PPYT.

Semoga perkongsian ini menjadi pencetus semangat kepada para pelajar PPYT untuk terus melangkah ke hadapan, mengenali potensi diri dan mencipta kejayaan dalam akademik serta kehidupan.

Dari Zero, Menuju Hero.
Dari Impian, Menuju Kejayaan.

Siaran Facebook, 21 September 2026

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐀𝐏𝐑𝐄𝐒𝐈𝐀𝐒𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐔 𝐃𝐈𝐊𝐄𝐍𝐀𝐍𝐆 𝐘𝐀𝐘𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐌𝐄𝐑𝐀𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐂𝐄𝐌𝐄𝐑𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐒𝐀𝐑𝐀

𝗞𝗨𝗔𝗟𝗔 𝗧𝗘𝗥𝗘𝗡𝗚𝗚𝗔𝗡𝗨 | 𝟮𝟭 𝗦𝗲𝗽𝘁𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟲

Yayasan Terengganu telah mengadakan Majlis Apresiasi dan Jasamu Dikenang Yayasan Terengganu Tahun 2026 sebagai tanda penghargaan terhadap jasa, komitmen dan dedikasi warga kerja yang telah menyumbang kepada kecemerlangan jabatan.

Majlis yang berlangsung di Dewan Gamelan, Hotel Primula Kuala Terengganu itu telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato' Haji Mohd Azmi bin Mohamad Daham, Setiausaha Kerajaan Terengganu.

Pada edisi kali ini, seramai 29 orang pegawai dan kakitangan telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) sebagai pengiktirafan terhadap prestasi kerja yang cemerlang sepanjang tahun perkhidmatan. Selain itu, majlis turut meraikan 12 orang pesara yang telah menamatkan perkhidmatan mereka dengan penuh dedikasi, menerusi penyampaian cenderamata sebagai simbol penghargaan atas bakti yang dicurahkan.

Yang Berusaha Encik Mohd Nazri bin Muda, Timbalan Pengarah (Operasi) Yayasan Terengganu, mendahului senarai penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun ini, sekali gus menjadi inspirasi kepada seluruh warga kerja untuk terus membudayakan kecemerlangan dalam penyampaian perkhidmatan.

Turut hadir, Yang Berusaha Encik Ahmad Farhan bin Abdul Wahab, Pengarah Yayasan Terengganu, barisan Pengurusan Tertinggi serta seluruh warga kerja Yayasan Terengganu yang bersama-sama memeriahkan majlis penuh bermakna tersebut.

Penganjuran majlis ini mencerminkan komitmen Yayasan Terengganu dalam menghargai sumbangan setiap warga kerja serta mengiktiraf jasa mereka yang telah berkhidmat demi memartabatkan kecemerlangan pendidikan dan pembangunan modal insan negeri Terengganu.