info@yt.gov.my +609-621 1800 Soalan Lazim Peta Laman
| |

𝒀𝑨𝒀𝑨𝑺𝑨𝑵 𝑻𝑬𝑹𝑬𝑵𝑮𝑮𝑨𝑵𝑼 𝑷𝑬𝑹𝑲𝑨𝑺𝑨 𝑱𝑨𝑹𝑰𝑵𝑮𝑨𝑵 𝑷𝑬𝑹𝑲𝑶𝑵𝑮𝑺𝑰𝑨𝑵 𝑷𝑬𝑵𝑫𝑰𝑫𝑰𝑲𝑨𝑵 𝑩𝑬𝑹𝑺𝑨𝑴𝑨 𝑳𝑬𝑴...

13/10/2026

Facebook
𝒀𝑨𝒀𝑨𝑺𝑨𝑵 𝑻𝑬𝑹𝑬𝑵𝑮𝑮𝑨𝑵𝑼 𝑷𝑬𝑹𝑲𝑨𝑺𝑨 𝑱𝑨𝑹𝑰𝑵𝑮𝑨𝑵 𝑷𝑬𝑹𝑲𝑶𝑵𝑮𝑺𝑰𝑨𝑵 𝑷𝑬𝑵𝑫𝑰𝑫𝑰𝑲𝑨𝑵 𝑩𝑬𝑹𝑺𝑨𝑴𝑨 𝑳𝑬𝑴...
𝒀𝑨𝒀𝑨𝑺𝑨𝑵 𝑻𝑬𝑹𝑬𝑵𝑮𝑮𝑨𝑵𝑼 𝑷𝑬𝑹𝑲𝑨𝑺𝑨 𝑱𝑨𝑹𝑰𝑵𝑮𝑨𝑵 𝑷𝑬𝑹𝑲𝑶𝑵𝑮𝑺𝑰𝑨𝑵 𝑷𝑬𝑵𝑫𝑰𝑫𝑰𝑲𝑨𝑵 𝑩𝑬𝑹𝑺𝑨𝑴𝑨 𝑳𝑬𝑴𝑩𝑨𝑮𝑨 𝒁𝑨𝑲𝑨𝑻 𝑵𝑬𝑮𝑬𝑹𝑰 𝑲𝑬𝑫𝑨𝑯

Yayasan Terengganu telah menerima kunjungan delegasi Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) sempena lawatan penanda aras berkaitan pelaksanaan skim pendidikan dan penajaan pelajar pada 12 Oktober 2026 (Isnin), bertempat di Yayasan Terengganu.

Lawatan tersebut bertujuan mendapatkan perkongsian pengalaman, maklumat serta amalan terbaik Yayasan Terengganu dalam pengurusan program pendidikan dan penajaan pelajar, khususnya sebagai rujukan bagi memperkukuh pelaksanaan program pendidikan untuk golongan asnaf di bawah LZNK.

Sesi perbincangan telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Megat Samsudin bin Megat Yusof, Timbalan Pengarah Pendidikan Yayasan Terengganu, yang turut menjadi platform perkongsian maklumat dan pengalaman berkaitan pelaksanaan inisiatif pendidikan serta pengurusan penajaan pelajar.

Galeri