Facebook
๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐
๐๐จ๐๐๐ ๐๐จ๐ ๐ฃ๐จ๐ฅ | ๐ญ๐ฑ ๐ข๐ธ๐๐ผ๐ฏ๐ฒ๐ฟ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ
Kerajaan Negeri Terengganu terus komited memperluas peluang pendidikan kepada anak-anak negeri ini menerusi kunjungan hormat yang diketuai oleh YB Datoโ Haji Satiful Bahri bin Mamat, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan, ke atas YBhg. Tan Sri (Dr.) Halim Mohammad, Pengasas Meritus University.
Kunjungan ini bertujuan meneroka peluang dan ruang kerjasama dalam memperluas akses pendidikan kepada anak-anak Terengganu, khususnya dalam bidang maritim dan penerbangan (aviation), yang berpotensi membuka laluan kepada pembangunan kerjaya serta melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi dalam sektor berkenaan.
Selain itu, pertemuan ini turut menjadi platform untuk mengeratkan silaturahim serta memperkukuh hubungan strategik antara Kerajaan Negeri Terengganu, khususnya portfolio pendidikan, dengan pihak Meritus University dalam usaha meneroka peluang kerjasama yang dapat memberikan manfaat kepada generasi muda di negeri ini.
Kerjasama seumpama ini diharap dapat membuka lebih banyak peluang kepada anak-anak Terengganu untuk melanjutkan pengajian dalam bidang khusus yang berpotensi tinggi, sekali gus menyokong pembangunan modal insan dan memenuhi keperluan industri pada masa hadapan.
Turut hadir dalam kunjungan tersebut ialah YBrs. Encik Ahmad Farhan bin Abdul Wahab, Pengarah Yayasan Terengganu.
Kerajaan Negeri Terengganu berharap hubungan kerjasama yang terjalin ini dapat terus diperkukuh melalui inisiatif pendidikan yang berimpak tinggi demi memperkasa potensi anak-anak Terengganu serta melahirkan generasi yang berilmu, berkemahiran dan berdaya saing.
#yt2026
#MembanguNilaiMerintisKejayaan
#TerengganuMajuBerkatSejahtera
#MalaysiaMadani