info@yt.gov.my +609-621 1800 Soalan Lazim Peta Laman
| |

𝐒𝐈𝐍𝐀𝐑 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐇𝐀𝐆𝐈𝐀𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐀𝐓 𝟑𝟔𝟐 𝐌𝐔𝐑𝐈𝐃 𝐀𝐒𝐍𝐀𝐅 & 𝐘𝐀𝐓𝐈𝐌 𝐒𝐌 𝐈𝐌𝐓𝐈𝐀𝐙 𝐘𝐓 𝟭𝟬 𝗠𝗔𝗖 𝟮𝟬𝟮...

10/03/2026

Facebook
𝐒𝐈𝐍𝐀𝐑 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐇𝐀𝐆𝐈𝐀𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐀𝐓 𝟑𝟔𝟐 𝐌𝐔𝐑𝐈𝐃 𝐀𝐒𝐍𝐀𝐅 & 𝐘𝐀𝐓𝐈𝐌 𝐒𝐌 𝐈𝐌𝐓𝐈𝐀𝐙 𝐘𝐓 𝟭𝟬 𝗠𝗔𝗖 𝟮𝟬𝟮...
𝐒𝐈𝐍𝐀𝐑 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐇𝐀𝐆𝐈𝐀𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐀𝐓 𝟑𝟔𝟐 𝐌𝐔𝐑𝐈𝐃 𝐀𝐒𝐍𝐀𝐅 & 𝐘𝐀𝐓𝐈𝐌 𝐒𝐌 𝐈𝐌𝐓𝐈𝐀𝐙 𝐘𝐓

𝟭𝟬 𝗠𝗔𝗖 𝟮𝟬𝟮𝟲 | 𝗞𝗨𝗔𝗟𝗔 𝗧𝗘𝗥𝗘𝗡𝗚𝗚𝗔𝗡𝗨

Suasana penuh barakah menyelubungi Camellia Ballroom, Hotel Paya Bunga apabila Yayasan Terengganu berjaya menganjurkan Majlis Santunan Kasih Mahabbah Murid Asnaf dan Yatim Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Tahun 2026. Majlis yang dihadiri oleh 200 orang murid ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Haji Ahmad Shah bin Muhamed, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan Negeri Terengganu. Kehadiran beliau bukan sahaja menyerikan majlis, malah meniup semangat buat para murid untuk terus tekad menggapai impian sebagai Generasi Ulul Albab yang bakal memacu masa depan negeri selaras dengan Pelan Induk Terengganu Sejahtera (PITAS 2030).

Majlis ini turut menyaksikan manifestasi kerjasama erat melalui model Public-Private Partnership dengan pengumpulan sumbangan berjumlah keseluruhan RM54,300.00. Komitmen jitu ini dizahirkan oleh rakan korporat prihatin iaitu Tenaga Nasional Berhad (TNB) sebanyak RM10,000.00, Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) berjumlah RM20,000.00, serta Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat) sebanyak RM24,300.00. Dana yang terkumpul ini merupakan satu bentuk pelaburan akhirat yang amat bermakna dalam memikul amanah memperkasakan agenda kebajikan serta kelestarian pendidikan anak-anak negeri Terengganu.

Penerima manfaat bagi keseluruhan sumbangan ini merangkumi murid-murid asnaf dan yatim dari Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu, termasuk mereka yang tidak dapat hadir bersama yang turut disantuni melalui agihan sumbangan daripada Bank Rakyat. Inisiatif murni ini berjaya menyantuni seramai 362 orang murid secara keseluruhan, sekaligus membuktikan komitmen jitu dalam menjaga kebajikan anak-anak ini di bulan yang mulia. Semoga usaha di penghujung Ramadan ini memberikan sinar kegembiraan buat mereka, sekali gus menjadi pemangkin kepada lahirnya generasi teknokrat yang bertaqwa dan hebat pada masa hadapan.





Galeri