info@yt.gov.my +609-621 1800 Soalan Lazim Peta Laman
| |

๐Š๐”๐๐‰๐”๐๐†๐€๐ ๐”๐ง๐ข๐’๐™๐€ ๐Š๐„ ๐˜๐€๐˜๐€๐’๐€๐ ๐“๐„๐‘๐„๐๐†๐†๐€๐๐” ๐๐„๐‘๐Š๐”๐Š๐”๐‡ ๐Š๐„๐‘๐‰๐€๐’๐€๐Œ๐€ ๐๐„๐๐ƒ๐ˆ๐ƒ๐ˆ๐Š๐€๐ ๐Ÿฎ...

26/02/2026

Facebook
๐Š๐”๐๐‰๐”๐๐†๐€๐ ๐”๐ง๐ข๐’๐™๐€ ๐Š๐„ ๐˜๐€๐˜๐€๐’๐€๐ ๐“๐„๐‘๐„๐๐†๐†๐€๐๐” ๐๐„๐‘๐Š๐”๐Š๐”๐‡ ๐Š๐„๐‘๐‰๐€๐’๐€๐Œ๐€ ๐๐„๐๐ƒ๐ˆ๐ƒ๐ˆ๐Š๐€๐ ๐Ÿฎ...
๐Š๐”๐๐‰๐”๐๐†๐€๐ ๐”๐ง๐ข๐’๐™๐€ ๐Š๐„ ๐˜๐€๐˜๐€๐’๐€๐ ๐“๐„๐‘๐„๐๐†๐†๐€๐๐” ๐๐„๐‘๐Š๐”๐Š๐”๐‡ ๐Š๐„๐‘๐‰๐€๐’๐€๐Œ๐€ ๐๐„๐๐ƒ๐ˆ๐ƒ๐ˆ๐Š๐€๐

๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—™๐—ฒ๐—ฏ๐—ฟ๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ | ๐—ž๐—จ๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—˜๐—ก๐—š๐—š๐—”๐—ก๐—จ

Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) melalui Pusat Asasi Sains dan Perubatan (PUSPA) telah mengadakan kunjungan hormat ke Yayasan Terengganu di pejabat Yayasan Terengganu, hari ini.

Delegasi UniSZA diketuai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Madya Datoโ€™ Ts. Dr. Mohd Hafiz Yusoff @ Che Abdullah. Turut hadir Pengarah PUSPA, Prof. Madya Dr. Sharifah Wajihah Wafa Syed Saadun Tarek Wafa; Timbalan Dekan Akademik dan Siswazah, Fakulti Perubatan, Dr. Siti Fadziyah Mohd Asri; Penyelaras Jaminan Kualiti PUSPA, Chm. Dr. Nurul Najidah Mohamed serta pegawai dari Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) dan PUSPA.

Ketibaan delegasi disambut Pengarah Yayasan Terengganu, YBrs. Encik Ahmad Farhan Abdul Wahab. Antara fokus utama kunjungan ini adalah bagi membincangkan ruang dan peluang penajaan pelajar oleh Yayasan Terengganu, khususnya bagi pelajar program Asasi Ulul Albab yang berhasrat melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan di UniSZA.

Pertemuan itu turut membuka ruang perbincangan strategik bagi memperkukuh jaringan kerjasama antara kedua-dua pihak demi manfaat pembangunan pendidikan anak-anak Terengganu pada masa hadapan.

Kunjungan berkenaan diharap menjadi titik tolak kepada kolaborasi yang lebih erat dan berimpak tinggi dalam memperkasa agenda pendidikan universiti.




Galeri