info@yt.gov.my +609-621 1800 Soalan Lazim Peta Laman
| |

๐’๐„๐‰๐€๐‘๐€๐‡ ๐“๐„๐‘๐‚๐ˆ๐๐“๐€: ๐’๐„๐Š๐Ž๐‹๐€๐‡ ๐Œ๐„๐๐„๐๐†๐€๐‡ ๐ˆ๐Œ๐“๐ˆ๐€๐™ ๐˜๐€๐˜๐€๐’๐€๐ ๐“๐„๐‘๐„๐๐†๐†๐€๐๐” ๐Œ๐€๐‘๐€๐๐† ๐ƒ๐ˆ...

22/02/2026

Facebook
๐’๐„๐‰๐€๐‘๐€๐‡ ๐“๐„๐‘๐‚๐ˆ๐๐“๐€: ๐’๐„๐Š๐Ž๐‹๐€๐‡ ๐Œ๐„๐๐„๐๐†๐€๐‡ ๐ˆ๐Œ๐“๐ˆ๐€๐™ ๐˜๐€๐˜๐€๐’๐€๐ ๐“๐„๐‘๐„๐๐†๐†๐€๐๐” ๐Œ๐€๐‘๐€๐๐† ๐ƒ๐ˆ...
๐’๐„๐‰๐€๐‘๐€๐‡ ๐“๐„๐‘๐‚๐ˆ๐๐“๐€: ๐’๐„๐Š๐Ž๐‹๐€๐‡ ๐Œ๐„๐๐„๐๐†๐€๐‡ ๐ˆ๐Œ๐“๐ˆ๐€๐™ ๐˜๐€๐˜๐€๐’๐€๐ ๐“๐„๐‘๐„๐๐†๐†๐€๐๐” ๐Œ๐€๐‘๐€๐๐† ๐ƒ๐ˆ๐ˆ๐Š๐“๐ˆ๐‘๐€๐… ๐’๐„๐๐€๐†๐€๐ˆ ๐€๐๐๐‹๐„ ๐ƒ๐ˆ๐’๐“๐ˆ๐๐†๐”๐ˆ๐’๐‡๐„๐ƒ ๐’๐‚๐‡๐Ž๐Ž๐‹ (๐€๐ƒ๐’) ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“โ€“๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ–

๐Ÿฎ๐Ÿฎ ๐—™๐—ฒ๐—ฏ๐—ฟ๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ | ๐—ž๐—จ๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—˜๐—ก๐—š๐—š๐—”๐—ก๐—จ

Satu lagi pencapaian luar biasa buat pendidikan Negeri Terengganu! Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Marang kini secara rasminya telah dianugerahkan status berprestij Apple Distinguished School (ADS) bagi tempoh 2025โ€“2028. Pencapaian ini amat bermakna kerana ia mencatatkan sejarah sebagai Sekolah Agama (Tahfiz) pertama di Malaysia yang menerima pengiktirafan di peringkat antarabangsa, sekali gus menjadi satu-satunya rangkaian Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu di negeri ini yang memegang gelaran tersebut.

Kejayaan bersejarah ini meletakkan sekolah ini dalam kelompok elit 1,000 sekolah terpilih di seluruh dunia dan antara 15 sekolah terbaik di Malaysia. Detik bermakna ini telah diraikan dalam Majlis Apresiasi ADS yang berlangsung di Hotel Permai, Kuala Terengganu. Majlis telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Haji Ahmad Shah bin Mohamed, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan. yang mewakili Yang Berhormat Datoโ€™ Haji Satiful Bahari bin Mamat, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan.

Sebagai bentuk penghormatan, Puan Wan Noraini binti Wan Daud (Leadership & Learning, Apple) telah dijemput bagi menyampaikan Sijil Pengiktirafan Apple Distinguished School kepada Tuan Haji Wan Azman bin Wan Abdullah, Pengetua Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Marang. Sesi penyerahan ini turut disaksikan oleh Yang Berhormat Haji Ahmad Shah bin Mohamed dan Yang Berusaha Encik Ahmad Farhan bin Abdul Wahab, Pengarah Yayasan Terengganu, menandakan sokongan padu terhadap transformasi digital pendidikan di negeri ini.

Anugerah ini adalah hasil komitmen berterusan warga sekolah dalam mengintegrasikan teknologi Apple secara kreatif melalui elemen Inspire, Imagine, dan Impact. Semoga kejayaan ini terus memacu ekosistem pendidikan digital di Terengganu dan menjadi inspirasi dalam melahirkan generasi Ulul Albab yang bukan sahaja teguh sahsiahnya, malah berdaya saing di peringkat global. Tahniah diucapkan kepada seluruh warga Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Marang atas kecemerlangan ini!










Galeri