info@yt.gov.my +609-621 1800 Soalan Lazim Peta Laman
| |

𝐌𝐄𝐌𝐀𝐂𝐔 𝐓𝐑𝐀𝐍𝐒𝐅𝐎𝐑𝐌𝐀𝐒𝐈 𝐘𝐀𝐘𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 : 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍 𝐓𝐈𝐍𝐃𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐓𝐑𝐀𝐓𝐄𝐆𝐈𝐊 𝟐𝟎𝟐𝟔...

10/02/2026

Facebook
𝐌𝐄𝐌𝐀𝐂𝐔 𝐓𝐑𝐀𝐍𝐒𝐅𝐎𝐑𝐌𝐀𝐒𝐈 𝐘𝐀𝐘𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 : 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍 𝐓𝐈𝐍𝐃𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐓𝐑𝐀𝐓𝐄𝐆𝐈𝐊 𝟐𝟎𝟐𝟔...
𝐌𝐄𝐌𝐀𝐂𝐔 𝐓𝐑𝐀𝐍𝐒𝐅𝐎𝐑𝐌𝐀𝐒𝐈 𝐘𝐀𝐘𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 : 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍 𝐓𝐈𝐍𝐃𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐓𝐑𝐀𝐓𝐄𝐆𝐈𝐊 𝟐𝟎𝟐𝟔

𝟭𝟬 𝗙𝗲𝗯𝗿𝘂𝗮𝗿𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟲 | 𝗞𝗨𝗔𝗟𝗔 𝗧𝗘𝗥𝗘𝗡𝗚𝗚𝗔𝗡𝗨

Yayasan Terengganu (YT) telah menganjurkan Bengkel Pelan Tindakan Strategik Yayasan Terengganu 2026 selama dua hari sebagai langkah memperkukuh hala tuju strategik organisasi ke arah kecemerlangan berterusan.

Bengkel tersebut telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Encik Ahmad Farhan bin Abdul Wahab, Pengarah Yayasan Terengganu, yang menegaskan kepentingan perancangan strategik yang menyeluruh dan berimpak tinggi dalam memastikan YT kekal relevan serta berdaya saing.

Dalam ucapannya, beliau memfokuskan empat teras utama sebagai tonggak pelaksanaan Pelan Tindakan Strategik YT 2026 iaitu Pemerkasaan Pendidikan, Pengukuhan Pelaburan dan Penjanaan Ekonomi, Kemampanan Tadbir Urus dan Kompetensi Bakat serta Digitalisasi dan Kecerdasan Buatan (AI).

Menurut beliau, keempat-empat teras tersebut perlu diterjemahkan secara bersepadu melalui inisiatif yang realistik, boleh diukur dan berorientasikan hasil bagi memperkukuh peranan Yayasan Terengganu sebagai peneraju pembangunan pendidikan dan sosioekonomi negeri.

Bengkel ini turut menampilkan Encik Ahmad Termizi bin Ab Aziz, Timbalan Pengarah (Pengurusan) HosZa sebagai panel jemputan yang berkongsi pandangan serta amalan terbaik berkaitan pengurusan strategik, tadbir urus dan pembangunan bakat organisasi.

Penganjuran bengkel ini dilihat sebagai platform penting dalam menyelaras kefahaman, memperkukuh komitmen serta merangka pelan tindakan yang lebih mampan dan berpaksikan Pelan Strategik Yayasan Terengganu 2022-2026.




Galeri