Facebook
𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐒𝐓𝐄𝐌 𝐎𝐔𝐓𝐑𝐄𝐀𝐂𝐇 𝐖𝐎𝐑𝐊𝐒𝐇𝐎𝐏 𝐅𝐀𝐒𝐀 𝟏 (𝐙𝐎𝐍 𝐂) 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐁𝐄𝐑𝐉𝐀𝐘𝐀 𝐃𝐈𝐋𝐀𝐊𝐒𝐀𝐍𝐀𝐊𝐀𝐍
𝟳 𝗝𝘂𝗹𝗮𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟲 | 𝗞𝗨𝗔𝗟𝗔 𝗧𝗘𝗥𝗘𝗡𝗚𝗚𝗔𝗡𝗨
Yayasan Terengganu melalui Program S.T.E.M Outreach Workshop Fasa 1 (Zon C) Tahun 2026 yang diadakan di Sekolah Menengah IMTIAZ Yayasan Terengganu Kuala Terengganu terus komited memperkasa pendidikan STEM dalam kalangan pelajar negeri Terengganu.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Mohamad Nazir bin Mat Said, Penolong Setiausaha Kerajaan (Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan). Program ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada pelajar mengenai bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) melalui pembelajaran interaktif dan aplikasi teknologi semasa.
Pelaksanaan program ini turut mendapat kerjasama strategik daripada pelbagai agensi dan institusi pendidikan termasuk JPNT, JPINT, UMT, UniSZA, UiTM Cawangan Terengganu, Kolej Universiti TATI serta sekolah-sekolah yang terlibat.
Diharapkan program ini dapat menyemai minat, meningkatkan kesedaran serta melahirkan lebih ramai generasi muda yang berdaya saing, inovatif dan cemerlang dalam bidang STEM demi pembangunan negeri dan negara pada masa hadapan.
#yt2026
#membangunnilaimerintiskejayaan
#MalaysiaMadani
#TerengganuMajuBerkatSejahtera