info@yt.gov.my +609-621 1800 Soalan Lazim Peta Laman
| |

𝗠𝗮𝗷𝗹𝗶𝘀 𝗟𝗮𝗺𝗯𝗮𝗶𝗮𝗻 𝗞𝗮𝘀𝗶𝗵, 𝗦𝗮𝗻𝗷𝘂𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗕𝘂𝗱𝗶 𝗣𝗲𝗻𝗴𝘂𝗿𝘂𝘀𝗮𝗻 𝗦𝗠 𝗜𝗺𝘁𝗶𝗮𝘇 𝗬𝗮𝘆𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗧𝗲𝗿...

23/06/2026

Facebook
𝗠𝗮𝗷𝗹𝗶𝘀 𝗟𝗮𝗺𝗯𝗮𝗶𝗮𝗻 𝗞𝗮𝘀𝗶𝗵, 𝗦𝗮𝗻𝗷𝘂𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗕𝘂𝗱𝗶 𝗣𝗲𝗻𝗴𝘂𝗿𝘂𝘀𝗮𝗻 𝗦𝗠 𝗜𝗺𝘁𝗶𝗮𝘇 𝗬𝗮𝘆𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗧𝗲𝗿...
𝗠𝗮𝗷𝗹𝗶𝘀 𝗟𝗮𝗺𝗯𝗮𝗶𝗮𝗻 𝗞𝗮𝘀𝗶𝗵, 𝗦𝗮𝗻𝗷𝘂𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗕𝘂𝗱𝗶 𝗣𝗲𝗻𝗴𝘂𝗿𝘂𝘀𝗮𝗻 𝗦𝗠 𝗜𝗺𝘁𝗶𝗮𝘇 𝗬𝗮𝘆𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗧𝗲𝗿𝗲𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻𝘂

PAYA BUNGA HOTEL | 23 Jun 2026 - Dalam suasana penuh penghargaan dan kenangan, telah berlangsung Majlis Lambaian Kasih, Sanjungan Budi Pengurusan Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu sebagai tanda penghormatan dan penghargaan kepada warga pengurusan yang telah menabur bakti serta menyumbang jasa dalam memartabatkan kecemerlangan pendidikan Imtiaz.

Majlis yang disempurnakan oleh YBrs. Pengarah Yayasan Terengganu ini turut diserikan dengan ucapan penuh makna daripada Ustaz Haji Ruslan bin Ibrahim, Mantan Pengetua Imtiaz Yayasan Terengganu Kemaman selaku wakil pesara. Beliau berkongsi pengalaman, kenangan dan penghargaan sepanjang perjalanan perkhidmatan dalam keluarga besar Imtiaz.

Turut berlangsung penyampaian hadiah penghargaan kepada para pesara sebagai simbol penghormatan dan terima kasih atas segala jasa, pengorbanan serta komitmen yang telah dicurahkan demi kecemerlangan institusi pendidikan Yayasan Terengganu.

Semoga segala bakti yang ditinggalkan menjadi inspirasi kepada generasi penerus untuk terus melakar kecemerlangan, manakala para pesara sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan serta keberkatan dalam kehidupan.

Jasa dikenang, budi disanjung, pengorbanan dihargai sepanjang zaman.



Galeri