Facebook
𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗦.𝗧.𝗘.𝗠 𝗢𝗨𝗧𝗥𝗘𝗔𝗖𝗛 𝗪𝗢𝗥𝗞𝗦𝗛𝗢𝗣 𝗙𝗔𝗦𝗔 𝟭 (𝗭𝗢𝗡 𝗔) 𝟮𝟬𝟮𝟲 𝗕𝗘𝗥𝗝𝗔𝗬𝗔 𝗗𝗜𝗟𝗔𝗞𝗦𝗔𝗡𝗔𝗞𝗔𝗡
MARANG, 22 Jun 2026 - Yayasan Terengganu melalui Program S.T.E.M Outreach Workshop Fasa 1 (Zon A) Tahun 2026 terus komited memperkasa pendidikan STEM dalam kalangan pelajar negeri Terengganu.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah (Operasi) Yayasan Terengganu, Encik Mohd Nazri bin Muda. Program ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada pelajar mengenai bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) melalui pembelajaran interaktif dan aplikasi teknologi semasa.
Pelaksanaan program ini turut mendapat kerjasama strategik daripada pelbagai agensi dan institusi pendidikan termasuk JPNT, JPINT, UMT, UniSZA, UiTM Kuala Terengganu, Kolej Universiti TATI serta sekolah-sekolah yang terlibat.
Diharapkan program ini dapat menyemai minat, meningkatkan kesedaran serta melahirkan lebih ramai generasi muda yang berdaya saing, inovatif dan cemerlang dalam bidang STEM demi pembangunan negeri dan negara pada masa hadapan.