Facebook
𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈𝐀𝐍 𝐌𝐈𝐍𝐆𝐆𝐔 𝐈𝐍𝐃𝐔𝐊𝐒𝐈 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐀𝐂𝟏𝟓𝟏 (𝐅𝐈𝐀) 𝐔𝐈𝐓𝐌 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐔𝐒 𝐃𝐔𝐍𝐆𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔
𝗨𝗶𝗧𝗠 𝗗𝘂𝗻𝗴𝘂𝗻 | 𝟭𝟬 𝗢𝗸𝘁𝗼𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟲
Majlis Perasmian Minggu Induksi Program AC151 (Foundation in Accountancy - FIA) telah berlangsung di Sudut AZKA @ Library Community Engagement, Perpustakaan Cendekiawan.
Program persediaan tajaan Biasiswa Skim Pelajar Cemerlang (SPC) Yayasan Terengganu ini merupakan hasil kerjasama strategik antara Yayasan Terengganu, Universiti Teknologi MARA (UiTM), dan Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) yang telah digerakkan sejak tahun 2021.
Melalui inisiatif ini, seramai 50 orang pelajar telah menerima tajaan pendidikan sejak awal perlaksanaannya. Bagi ambilan tahun 2026, seramai 12 orang pelajar baharu berpotensi tinggi telah terpilih untuk menerima biasiswa berkenaan bagi meneruskan pengajian ke peringkat kelayakan profesional ACCA.
Majlis yang dirasmikan oleh YBrs. Tuan Haji Megat Samsudin bin Megat Yusof, Timbalan Pengarah Pendidikan Yayasan Terengganu turut dihadiri oleh YBrs. Dr. Syahrul Hezrin Mahmud, Penolong Rektor UiTM Kampus Kuala Terengganu), YBrs. Encik Azwandi bin Mohamad,KPP Penajaan Yayasan Terengganu, YBrs. Puan Nur Raihana binti Mohd Sallem, KPP Fakulti Perakaunan UiTM Cawangan Terengganu, YBrs. Puan Shahidatul Akhmam Rambeli,Timbalan Ketua Pustakawan Kanan, ketua-ketua unit, para ibu bapa, dan pelajar baharu.
Semoga para pelajar memanfaatkan peluang ini untuk menguasai ilmu perakaunan, kemahiran digital, serta memelihara integriti demi masa depan negeri dan negara. Selamat maju jaya! 🎓✨
𝗦𝘂𝗺𝗯𝗲𝗿 𝗳𝗼𝘁𝗼 : 𝗟𝗘𝗡𝗦𝗔 𝗨𝗶𝗧𝗠 𝗧𝗘𝗥𝗘𝗡𝗚𝗚𝗔𝗡𝗨