info@yt.gov.my +609-621 1800 Soalan Lazim Peta Laman
| |

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐀𝐏𝐑𝐄𝐒𝐈𝐀𝐒𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐔 𝐃𝐈𝐊𝐄𝐍𝐀𝐍𝐆 𝐘𝐀𝐘𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐌𝐄𝐑...

21/09/2026

Facebook
𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐀𝐏𝐑𝐄𝐒𝐈𝐀𝐒𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐔 𝐃𝐈𝐊𝐄𝐍𝐀𝐍𝐆 𝐘𝐀𝐘𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐌𝐄𝐑...
𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐀𝐏𝐑𝐄𝐒𝐈𝐀𝐒𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐔 𝐃𝐈𝐊𝐄𝐍𝐀𝐍𝐆 𝐘𝐀𝐘𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐌𝐄𝐑𝐀𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐂𝐄𝐌𝐄𝐑𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐒𝐀𝐑𝐀

𝗞𝗨𝗔𝗟𝗔 𝗧𝗘𝗥𝗘𝗡𝗚𝗚𝗔𝗡𝗨 | 𝟮𝟭 𝗦𝗲𝗽𝘁𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟲

Yayasan Terengganu telah mengadakan Majlis Apresiasi dan Jasamu Dikenang Yayasan Terengganu Tahun 2026 sebagai tanda penghargaan terhadap jasa, komitmen dan dedikasi warga kerja yang telah menyumbang kepada kecemerlangan jabatan.

Majlis yang berlangsung di Dewan Gamelan, Hotel Primula Kuala Terengganu itu telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato' Haji Mohd Azmi bin Mohamad Daham, Setiausaha Kerajaan Terengganu.

Pada edisi kali ini, seramai 29 orang pegawai dan kakitangan telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) sebagai pengiktirafan terhadap prestasi kerja yang cemerlang sepanjang tahun perkhidmatan. Selain itu, majlis turut meraikan 12 orang pesara yang telah menamatkan perkhidmatan mereka dengan penuh dedikasi, menerusi penyampaian cenderamata sebagai simbol penghargaan atas bakti yang dicurahkan.

Yang Berusaha Encik Mohd Nazri bin Muda, Timbalan Pengarah (Operasi) Yayasan Terengganu, mendahului senarai penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun ini, sekali gus menjadi inspirasi kepada seluruh warga kerja untuk terus membudayakan kecemerlangan dalam penyampaian perkhidmatan.

Turut hadir, Yang Berusaha Encik Ahmad Farhan bin Abdul Wahab, Pengarah Yayasan Terengganu, barisan Pengurusan Tertinggi serta seluruh warga kerja Yayasan Terengganu yang bersama-sama memeriahkan majlis penuh bermakna tersebut.

Penganjuran majlis ini mencerminkan komitmen Yayasan Terengganu dalam menghargai sumbangan setiap warga kerja serta mengiktiraf jasa mereka yang telah berkhidmat demi memartabatkan kecemerlangan pendidikan dan pembangunan modal insan negeri Terengganu.




Galeri