info@yt.gov.my +609-621 1800 Soalan Lazim Peta Laman
| |

𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 𝐒𝐓𝐄𝐌 𝐎𝐔𝐓𝐑𝐄𝐀𝐂𝐇 𝐖𝐎𝐑𝐊𝐒𝐇𝐎𝐏 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐁𝐔𝐇𝐊𝐀𝐍 𝐓𝐈𝐑𝐀𝐈 𝐃𝐈 𝐒𝐄𝐊𝐎𝐋𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐁...

20/10/2026

Facebook
𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 𝐒𝐓𝐄𝐌 𝐎𝐔𝐓𝐑𝐄𝐀𝐂𝐇 𝐖𝐎𝐑𝐊𝐒𝐇𝐎𝐏 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐁𝐔𝐇𝐊𝐀𝐍 𝐓𝐈𝐑𝐀𝐈 𝐃𝐈 𝐒𝐄𝐊𝐎𝐋𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐁...
𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 𝐒𝐓𝐄𝐌 𝐎𝐔𝐓𝐑𝐄𝐀𝐂𝐇 𝐖𝐎𝐑𝐊𝐒𝐇𝐎𝐏 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐁𝐔𝐇𝐊𝐀𝐍 𝐓𝐈𝐑𝐀𝐈 𝐃𝐈 𝐒𝐄𝐊𝐎𝐋𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐍𝐆𝐀𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐆𝐀𝐌, 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐌𝐀𝐍

𝗞𝗘𝗠𝗔𝗠𝗔𝗡 | 𝟮𝟬 𝗢𝗸𝘁𝗼𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟲

Program Terengganu STEM Outreach Workshop 2026 (Rural School) melabuhkan tirainya bagi tahun ini menerusi penganjuran edisi terakhir di Sekolah Kebangsaan Sungai Pergam, Kemaman, selepas menjelajahi lima daerah di negeri Terengganu.

Majlis penutup program telah dirasmikan oleh YBrs. Encik Mohd Hafizee bin Ideris, Penolong Pengarah Kanan (Penajaan), Yayasan Terengganu, yang hadir sebagai wakil Pengarah Yayasan Terengganu.

Program yang melibatkan seramai 86 orang pelajar ini menghimpunkan peserta daripada tiga buah sekolah, iaitu Sekolah Kebangsaan Cherul, Sekolah Kebangsaan Kampung Baharu Felda Neram 1 dan Sekolah Kebangsaan Sungai Pergam selaku sekolah tuan rumah.

Pelbagai aktiviti menarik berteraskan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) telah dilaksanakan bagi memberikan pendedahan kepada para pelajar tentang kepentingan bidang STEM dalam kehidupan seharian. Aktiviti yang dijalankan turut memberi peluang kepada para peserta untuk meneroka ilmu pengetahuan melalui pendekatan pembelajaran yang interaktif, kreatif dan menyeronokkan.

Menariknya, program ini turut diserikan dengan pelaksanaan Klinik Al-Fatihah, yang memberikan ruang kepada para pelajar untuk memperkukuh bacaan surah Al-Fatihah di samping mengikuti aktiviti berteraskan STEM. Gabungan elemen akademik dan kerohanian ini mencerminkan usaha untuk menyokong pembangunan pelajar secara menyeluruh.

Penganjuran edisi terakhir ini menandakan satu lagi pencapaian bagi Terengganu STEM Outreach Workshop 2026 dalam usaha memperluas akses kepada pendidikan STEM, khususnya dalam kalangan murid sekolah luar bandar. Penjelajahan ke lima daerah di Terengganu sepanjang tahun ini diharap dapat menyemai minat, meningkatkan keyakinan serta membuka peluang kepada lebih ramai pelajar untuk mengenali dan meneroka bidang STEM.

Secara keseluruhannya, program ini bukan sahaja menjadi platform perkongsian ilmu dan pengalaman, malah turut menyumbang kepada usaha melahirkan generasi muda yang berfikiran kritis, kreatif dan berdaya saing, selaras dengan aspirasi memperkukuh pendidikan STEM dalam kalangan pelajar di negeri Terengganu.




Galeri