info@yt.gov.my +609-621 1800 Soalan Lazim Peta Laman
| |

๐‹๐ˆ๐Œ๐€ ๐๐„๐‹๐€๐‰๐€๐‘ ๐‚๐„๐Œ๐„๐‘๐‹๐€๐๐† ๐“๐„๐‘๐ˆ๐Œ๐€ ๐“๐€๐‰๐€๐€๐ ๐˜๐€๐˜๐€๐’๐€๐ ๐“๐„๐‘๐„๐๐†๐†๐€๐๐” ๐Š๐„ ๐”๐๐ˆ๐•๐„๐‘๐’๐ˆ๐“๐ˆ...

20/09/2026

Facebook
๐‹๐ˆ๐Œ๐€ ๐๐„๐‹๐€๐‰๐€๐‘ ๐‚๐„๐Œ๐„๐‘๐‹๐€๐๐† ๐“๐„๐‘๐ˆ๐Œ๐€ ๐“๐€๐‰๐€๐€๐ ๐˜๐€๐˜๐€๐’๐€๐ ๐“๐„๐‘๐„๐๐†๐†๐€๐๐” ๐Š๐„ ๐”๐๐ˆ๐•๐„๐‘๐’๐ˆ๐“๐ˆ...
๐‹๐ˆ๐Œ๐€ ๐๐„๐‹๐€๐‰๐€๐‘ ๐‚๐„๐Œ๐„๐‘๐‹๐€๐๐† ๐“๐„๐‘๐ˆ๐Œ๐€ ๐“๐€๐‰๐€๐€๐ ๐˜๐€๐˜๐€๐’๐€๐ ๐“๐„๐‘๐„๐๐†๐†๐€๐๐” ๐Š๐„ ๐”๐๐ˆ๐•๐„๐‘๐’๐ˆ๐“๐ˆ ๐™๐€๐‘๐๐€โ€™ ๐‰๐Ž๐‘๐ƒ๐€๐

๐—ž๐—จ๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—Ÿ๐—จ๐— ๐—ฃ๐—จ๐—ฅ | ๐Ÿ๐Ÿ” ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฝ๐˜๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

Seramai lima orang pelajar terpilih menerima tajaan Yayasan Terengganu untuk melanjutkan pengajian di Universiti Zarqaโ€™, Jordan dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Perbankan Islam.

Penajaan tersebut merupakan sebahagian daripada Program Khas Biasiswa Skim Pelajar Cemerlang Luar Negara, yang diwujudkan bagi memberi peluang kepada pelajar Terengganu yang berprestasi tinggi untuk melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi terkemuka di luar negara.

Kesemua pelajar yang terpilih merupakan pelajar cemerlang yang telah menunjukkan pencapaian akademik membanggakan dalam penilaian Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Pemilihan berkenaan mencerminkan kecemerlangan akademik para pelajar serta potensi mereka untuk meneruskan pengajian dalam bidang perbankan islam di peringkat antarabangsa.

Tajaan Yayasan Terengganu ini juga dilihat sebagai satu bentuk sokongan berterusan terhadap pembangunan modal insan berkualiti tinggi, khususnya dalam melahirkan lebih ramai anak Terengganu yang berkemahiran dan berdaya saing dalam bidang profesional.

Lima pelajar berkenaan dijangka meneruskan pengajian di Universiti Zarqaโ€™, Jordan sekali gus membuka peluang kepada mereka untuk menimba ilmu dan pengalaman di peringkat antarabangsa sebelum kembali menyumbang kepada masyarakat dan negeri Terengganu.

Program khas ini diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada lebih ramai pelajar cemerlang untuk mencapai kecemerlangan akademik serta merebut peluang melanjutkan pengajian ke luar negara melalui skim penajaan yang disediakan oleh Yayasan Terengganu.




Galeri