Facebook
𝐋𝐈𝐌𝐀 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐂𝐄𝐌𝐄𝐑𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐑𝐈𝐌𝐀 𝐓𝐀𝐉𝐀𝐀𝐍 𝐘𝐀𝐘𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 𝐊𝐄 𝐔𝐍𝐈𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐓𝐈 𝐀𝐋-𝐀𝐙𝐇𝐀𝐑, 𝐌𝐄𝐒𝐈𝐑
𝗞𝗨𝗔𝗟𝗔 𝗟𝗨𝗠𝗣𝗨𝗥 | 𝟴 𝗦𝗲𝗽𝘁𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟲
Seramai lima orang pelajar cemerlang dari Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) terpilih menerima tajaan Yayasan Terengganu untuk melanjutkan pengajian di Universiti Al-Azhar, Mesir dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Perubatan.
Penajaan tersebut merupakan sebahagian daripada Program Khas Biasiswa Skim Pelajar Cemerlang Luar Negara, yang diwujudkan bagi memberi peluang kepada pelajar Terengganu yang berprestasi tinggi untuk melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi terkemuka di luar negara.
Kesemua pelajar yang terpilih merupakan pelajar cemerlang yang telah menunjukkan pencapaian akademik membanggakan dengan memperoleh CGPA minimum 3.75 dalam pengajian di peringkat Persediaan (Asasi) Perubatan di UniSZA.
Pemilihan berkenaan mencerminkan kecemerlangan akademik para pelajar serta potensi mereka untuk meneruskan pengajian dalam bidang perubatan di peringkat antarabangsa.
Tajaan Yayasan Terengganu ini juga dilihat sebagai satu bentuk sokongan berterusan terhadap pembangunan modal insan berkualiti tinggi, khususnya dalam melahirkan lebih ramai anak Terengganu yang berkemahiran dan berdaya saing dalam bidang profesional.
Lima pelajar berkenaan dijangka meneruskan pengajian di Universiti Al-Azhar, Mesir, sekali gus membuka peluang kepada mereka untuk menimba ilmu dan pengalaman di peringkat antarabangsa sebelum kembali menyumbang kepada masyarakat dan negeri Terengganu.
Program khas ini diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada lebih ramai pelajar cemerlang untuk mencapai kecemerlangan akademik serta merebut peluang melanjutkan pengajian ke luar negara melalui skim penajaan yang disediakan oleh Yayasan Terengganu.
#yt2026
#MembanguNilaiMerintisKejayaan
#TerengganuMajuBerkatSejahtera
#MalaysiaMadani