info@yt.gov.my +609-621 1800 Soalan Lazim Peta Laman
| |

𝐓𝐑𝐄𝐍𝐆𝐋𝐈𝐒𝐇 𝐎𝐔𝐓𝐑𝐄𝐀𝐂𝐇 @ 𝐑𝐄𝐃𝐀𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐀𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐒𝐀 𝐈𝐍𝐆𝐆𝐄𝐑𝐈𝐒 𝐌𝐔𝐑𝐈𝐃 𝐋...

09/09/2026

Facebook
𝐓𝐑𝐄𝐍𝐆𝐋𝐈𝐒𝐇 𝐎𝐔𝐓𝐑𝐄𝐀𝐂𝐇 @ 𝐑𝐄𝐃𝐀𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐀𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐒𝐀 𝐈𝐍𝐆𝐆𝐄𝐑𝐈𝐒 𝐌𝐔𝐑𝐈𝐃 𝐋...
𝐓𝐑𝐄𝐍𝐆𝐋𝐈𝐒𝐇 𝐎𝐔𝐓𝐑𝐄𝐀𝐂𝐇 @ 𝐑𝐄𝐃𝐀𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐀𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐒𝐀 𝐈𝐍𝐆𝐆𝐄𝐑𝐈𝐒 𝐌𝐔𝐑𝐈𝐃 𝐋𝐔𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑

𝟵 𝗦𝗲𝗽𝘁𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟲 | 𝗣𝗨𝗟𝗔𝗨 𝗥𝗘𝗗𝗔𝗡𝗚

Yayasan Terengganu meneruskan komitmen memperkasa penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan murid luar bandar menerusi Program Trenglish Outreach @ Redang: English Beyond Classroom yang berlangsung selama dua hari di Sekolah Kebangsaan Pulau Redang.

Program berkenaan melibatkan seramai 146 orang murid Tahap 1 hingga Tahap 6, dengan pelbagai aktiviti pembelajaran Bahasa Inggeris secara santai, interaktif dan menyeronokkan menerusi konsep *fun explorace*.

Penganjuran program itu bertujuan memberi pendedahan yang lebih meluas kepada murid di kawasan luar bandar terhadap penggunaan Bahasa Inggeris dalam suasana pembelajaran yang tidak terikat dengan bilik darjah, sekali gus meningkatkan keyakinan mereka untuk berkomunikasi dalam bahasa tersebut.

Pendekatan pembelajaran berasaskan aktiviti dan pengalaman secara langsung itu turut memberi peluang kepada murid untuk menggunakan Bahasa Inggeris secara praktikal, di samping memupuk minat serta membina keyakinan dalam kalangan mereka.

Majlis penutupan program telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Tuan Haji Othman bin Ngah, Ketua Penolong Pengarah (Bahagian Pembangunan Pendidikan) Yayasan Terengganu.

Penganjuran Trenglish Outreach @ Redang merupakan antara usaha berterusan Yayasan Terengganu dalam memperluas akses kepada program pembangunan pendidikan berkualiti, khususnya kepada murid di kawasan luar bandar dan kepulauan.

Inisiatif seumpama ini diharap dapat melahirkan generasi muda yang bukan sahaja menguasai Bahasa Inggeris dengan lebih baik, malah mempunyai keyakinan, kemahiran komunikasi dan daya saing yang tinggi selaras dengan keperluan pendidikan masa kini.




Galeri