info@yt.gov.my +609-621 1800 Soalan Lazim Peta Laman
| |

โ€œ๐๐ž๐ง๐๐ข๐๐ข๐ค๐š๐ง ๐›๐ฎ๐ค๐š๐ง ๐ฌ๐ž๐ค๐š๐๐š๐ซ ๐ฆ๐ž๐ฅ๐š๐ก๐ข๐ซ๐ค๐š๐ง ๐ฉ๐ž๐ฅ๐š๐ฃ๐š๐ซ ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐œ๐ž๐ฆ๐ž๐ซ๐ฅ๐š๐ง๐  ๐๐š๐ฅ๐š๐ฆ ๐š๐ค๐š๐...

06/08/2026

Facebook
โ€œ๐๐ž๐ง๐๐ข๐๐ข๐ค๐š๐ง ๐›๐ฎ๐ค๐š๐ง ๐ฌ๐ž๐ค๐š๐๐š๐ซ ๐ฆ๐ž๐ฅ๐š๐ก๐ข๐ซ๐ค๐š๐ง ๐ฉ๐ž๐ฅ๐š๐ฃ๐š๐ซ ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐œ๐ž๐ฆ๐ž๐ซ๐ฅ๐š๐ง๐  ๐๐š๐ฅ๐š๐ฆ ๐š๐ค๐š๐...
โ€œ๐๐ž๐ง๐๐ข๐๐ข๐ค๐š๐ง ๐›๐ฎ๐ค๐š๐ง ๐ฌ๐ž๐ค๐š๐๐š๐ซ ๐ฆ๐ž๐ฅ๐š๐ก๐ข๐ซ๐ค๐š๐ง ๐ฉ๐ž๐ฅ๐š๐ฃ๐š๐ซ ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐œ๐ž๐ฆ๐ž๐ซ๐ฅ๐š๐ง๐  ๐๐š๐ฅ๐š๐ฆ ๐š๐ค๐š๐๐ž๐ฆ๐ข๐ค, ๐ญ๐ž๐ญ๐š๐ฉ๐ข ๐ฆ๐ž๐ฆ๐›๐ž๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐ ๐ž๐ง๐ž๐ซ๐š๐ฌ๐ข ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐›๐ž๐ซ๐ข๐ฅ๐ฆ๐ฎ, ๐›๐ž๐ซ๐š๐ค๐ก๐ฅ๐š๐ค ๐๐š๐ง ๐ฆ๐š๐ฆ๐ฉ๐ฎ ๐ฆ๐ž๐ฆ๐ข๐ฆ๐ฉ๐ข๐ง ๐ฆ๐š๐ฌ๐š ๐ก๐š๐๐š๐ฉ๐š๐ง.โ€

๐—ž๐—จ๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—˜๐—ก๐—š๐—š๐—”๐—ก๐—จ | ๐Ÿฒ ๐—ข๐—ด๐—ผ๐˜€ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

Majlis Perasmian Penutupan Program Khas Asasi Ulul Albab Sekolah-Sekolah Menengah IMTIAZ Yayasan Terengganu Tahun 2026 telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Kenangan, Terengganu Equestrian Resort (TER) dan disempurnakan oleh Yang Berhormat Datoโ€™ Haji Satiful Bahari bin Mamat, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan Negeri Terengganu.

Majlis ini meraikan kejayaan pelajar-pelajar Tingkatan 1 yang berjaya menamatkan Program Khas Asasi Ulul Albab, iaitu program pembangunan awal berteraskan konsep Quranik, Ensiklopedik dan Ijtihadik (QEI) sebagai asas pembentukan pelajar IMTIAZ yang cemerlang dari aspek intelek, spiritual dan sahsiah.

Dalam ucapan perasmiannya, YB Datoโ€™ Haji Satiful Bahari menegaskan bahawa pendidikan IMTIAZ selari dengan aspirasi Pelan Induk Terengganu Sejahtera (PITAS) 2030 dalam melahirkan generasi yang menguasai ilmu, celik teknologi serta bersedia menghadapi era kecerdasan buatan (AI) dan pendigitalan tanpa mengabaikan nilai-nilai Islam dan panduan al-Quran.

Tahniah diucapkan kepada semua pelajar, guru, ibu bapa dan warga Yayasan Terengganu atas kejayaan menjayakan program ini. Semoga usaha murni ini terus melahirkan generasi Ulul Albab yang berilmu, berakhlak, berdaya saing dan mampu menyumbang kepada pembangunan agama, bangsa dan negeri.





Galeri