Facebook
𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗦.𝗧.𝗘.𝗠 𝗢𝗨𝗧𝗥𝗘𝗔𝗖𝗛 𝗪𝗢𝗥𝗞𝗦𝗛𝗢𝗣 𝗙𝗔𝗦𝗔 𝟮 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗔𝗦𝗔 𝗕𝗨𝗗𝗔𝗬𝗔 𝗜𝗡𝗢𝗩𝗔𝗦𝗜 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗞𝗔𝗟𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗟𝗔𝗝𝗔𝗥 𝗧𝗘𝗥𝗘𝗡𝗚𝗚𝗔𝗡𝗨
𝗞𝗨𝗔𝗟𝗔 𝗡𝗘𝗥𝗨𝗦 | 𝟯𝟬 𝗝𝗨𝗟𝗔𝗜 𝟮𝟬𝟮𝟲
Kuala Nerus, 30 Julai 2026 – Yayasan Terengganu meneruskan komitmennya dalam memperkasakan pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) menerusi penganjuran Program S.T.E.M Outreach Workshop Fasa 2 Tahun 2026 yang berlangsung di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).
Program yang menghimpunkan pelajar dari seluruh negeri ini memberi penekanan kepada pembangunan inovasi melalui modul Creator STEM, dengan pendedahan kepada proses penjanaan idea, pembangunan konsep produk serta aplikasi pendekatan Design Thinking yang dibimbing oleh tenaga pengajar dan mentor berpengalaman.
Penganjuran program ini turut disokong oleh pelbagai rakan strategik termasuk institusi pengajian tinggi, agensi pendidikan dan organisasi berkaitan dalam usaha membudayakan STEM serta melahirkan generasi yang berdaya saing, kreatif dan inovatif bagi memenuhi keperluan pembangunan negeri dan negara.
#membangunilaimerintiskejayaan
#MajuBerkatSejahtera
#yayasanterengganu