Facebook
𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗦𝗧𝗘𝗠 𝗢𝗨𝗧𝗥𝗘𝗔𝗖𝗛 𝗪𝗢𝗥𝗞𝗦𝗛𝗢𝗣 𝗙𝗔𝗦𝗔 𝟭 (𝗭𝗢𝗡 𝗗) 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗕𝗨𝗛𝗞𝗔𝗡 𝗧𝗜𝗥𝗔𝗜 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗝𝗔𝗬𝗔𝗡𝗬𝗔
𝟭𝟰 𝗝𝘂𝗹𝗮𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟲 | 𝗞𝗘𝗠𝗔𝗠𝗔𝗡
Program STEM Outreach Workshop Fasa 1 (Zon D) Tahun 2026 telah berjaya menutup tirainya di Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu (Kemaman), sekali gus melengkapkan pelaksanaan Fasa 1 yang melibatkan empat zon di seluruh negeri Terengganu.
Majlis perasmian penutupan telah disempurnakan oleh Encik Mohd Nazri bin Muda, Timbalan Pengarah (Operasi) Yayasan Terengganu. Program ini merupakan hasil kerjasama strategik antara Yayasan Terengganu, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), institusi pengajian tinggi serta pelbagai agensi teknikal dalam usaha memperkasa pembudayaan STEM dalam kalangan pelajar.
Sepanjang program berlangsung, para peserta didedahkan dengan pelbagai aktiviti berimpak tinggi seperti Kecerdasan Buatan (AI), Robot Tempur (Combat Robotics), Dron serta pelbagai inovasi teknologi yang berjaya mencungkil kreativiti, kemahiran penyelesaian masalah dan semangat inovasi.
Peserta yang menunjukkan prestasi cemerlang akan dipilih untuk mewakili zon masing-masing ke Program STEM Outreach Workshop Fasa 2, yang bakal menghimpunkan bakat-bakat terbaik dari seluruh Terengganu.
Syabas dan tahniah kepada semua peserta, guru pengiring, fasilitator, urus setia serta rakan strategik yang telah menjayakan program ini. Semoga usaha ini terus melahirkan generasi muda Terengganu yang berdaya saing, inovatif dan bersedia menghadapi cabaran Revolusi Perindustrian 4.0 serta teknologi masa hadapan.
#yt2026
#membangunnilaimerintiskejayaan
#MalaysiaMadani
#TerengganuMajuBerkatSejahtera