Facebook
"𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐀 𝐆𝐄𝐍𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐌𝐀𝐒𝐀 𝐇𝐀𝐃𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐋𝐔𝐈 𝐊𝐄𝐅𝐀𝐇𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐃𝐀𝐘𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐈𝐃𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐆𝐋𝐎𝐁𝐀𝐋"
𝟵 𝗝𝘂𝗻 𝟮𝟬𝟮𝟲 | 𝗦𝗠 𝗜𝗠𝗧𝗜𝗔𝗭 𝗬𝗮𝘆𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗧𝗲𝗿𝗲𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻𝘂 𝗗𝘂𝗻𝗴𝘂𝗻
SM IMTIAZ Yayasan Terengganu Dungun hari ini telah menganjurkan Program Chinese Traditional Cultural dengan kerjasama Confucius Institute, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) sebagai platform memperkukuhkan kefahaman budaya, memupuk perpaduan serta memperluas perspektif pelajar dalam mendepani dunia global.
Program ini memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai keunikan warisan budaya Cina tradisional yang kaya dengan nilai pendidikan, disiplin, hormat-menghormati dan semangat kerja keras. Melalui aktiviti dan perkongsian yang diadakan, para peserta berpeluang menghargai kepelbagaian budaya sebagai aset penting dalam membina masyarakat yang harmoni dan bersatu padu.
Turut berlangsung sesi taklimat Program Dual Ijazah serta perkongsian peluang melanjutkan pengajian di Beijing Jiaotong University, yang membuka ruang kepada pelajar untuk meneroka peluang pendidikan antarabangsa dan meningkatkan daya saing global.
Semoga program seumpama ini terus menjadi wadah melahirkan generasi IMTIAZ yang berilmu, berwawasan, berakhlak mulia dan mampu bersaing di peringkat antarabangsa.