Facebook
"𝐘𝐚𝐲𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐫𝐞𝐧𝐠𝐠𝐚𝐧𝐮 𝐒𝐨𝐤𝐨𝐧𝐠 𝐏𝐞𝐧𝐮𝐡 𝐊𝐨𝐧𝐭𝐢𝐧𝐣𝐞𝐧 𝐄-𝐒𝐩𝐨𝐫𝐭 𝐓𝐞𝐫𝐞𝐧𝐠𝐠𝐚𝐧𝐮 𝐤𝐞 𝐏𝐞𝐧𝐭𝐚𝐬 𝐒𝐔𝐊𝐌𝐀"
Sebagai jabatan angkat kepada Kontinjen E-Sport Terengganu, Yayasan Terengganu berbangga untuk bersama-sama memberikan sokongan dan semangat kepada para atlet yang bakal membawa cabaran negeri dalam enam acara yang dipertandingkan iaitu eFootball Mobile, Mobile Legends: Bang Bang (Lelaki), Mobile Legends: Bang Bang (Wanita), Honor of Kings, Street Fighter dan Racing Simulator.
Setiap atlet yang melangkah ke gelanggang pertandingan bukan sahaja membawa harapan untuk mencapai kejayaan, malah memikul amanah besar dalam mengangkat maruah dan nama Negeri Terengganu Darul Iman di pentas SUKMA.
Yayasan Terengganu yakin bahawa hasil latihan, disiplin, komitmen serta pengorbanan yang telah dicurahkan oleh para atlet dan pasukan pengurusan akan menjadi pemangkin kepada pencapaian cemerlang sepanjang kejohanan berlangsung.
Semoga semua atlet E-Sport Terengganu terus beraksi dengan penuh semangat kesukanan, menampilkan prestasi terbaik dan berjaya mencipta kejayaan yang membanggakan rakyat Terengganu.
Selamat berjuang dan semoga kejayaan mengiringi setiap langkah anda. Terengganu sentiasa bersama anda !
#TerengganuMajuBerkatSejahtera
#yayasanterengganu
#membangunnilaimerintiskejayaan