Facebook
𝘉𝘙𝘌𝘈𝘒𝘍𝘈𝘚𝘛 𝘛𝘈𝘓𝘒 : Mengemudi Pentadbiran Dinamik, Memartabatkan Perkhidmatan Cemerlang
Kuala Terengganu, 7 Jun 2026 – Setiausaha Kerajaan Terengganu, YB Dato' Haji Mohd Azmi bin Mohamad Daham telah mengadakan sesi Breakfast Talk bersama pegawai-pegawai Yayasan Terengganu yang berlangsung di Dewan Besar, Yayasan Terengganu.
Program tersebut menjadi medan perkongsian dan perbincangan mengenai cabaran serta perkembangan semasa yang berkaitan dengan pengurusan organisasi, di samping memperjelaskan hala tuju Yayasan Terengganu dalam memperkasakan agenda pendidikan dan pembangunan modal insan negeri. Sesi berkenaan turut membuka ruang kepada pegawai untuk mengemukakan pandangan, cadangan serta maklum balas secara terus bagi mempertingkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan dan memperkukuh kecemerlangan organisasi selaras dengan keperluan semasa.
#TerengganuMajuBerkatSejahtera
#membangunnilaimerintiskejayaan
#yayasanterengganu