Facebook
𝐀𝐂𝐄𝐑 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐁𝐔𝐊𝐀 𝐋𝐄𝐌𝐁𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐒𝐓𝐑𝐀𝐓𝐄𝐆𝐈𝐊 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐈𝐃𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐘𝐀𝐘𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔
𝟭𝟰 𝗠𝗘𝗜 𝟮𝟬𝟮𝟲 | 𝗞𝘂𝗮𝗹𝗮 𝗧𝗲𝗿𝗲𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻𝘂
Pengurusan Yayasan Terengganu telah menerima kunjungan daripada Australian Council for Educational Research (ACER) dalam usaha untuk membina kerjasama strategik untuk meningkatkan kualiti pendidikan di negeri Terengganu, khususnya institusi di bawah pentadbiran
Yayasan Terengganu.
Kunjungan tersebut yang diketuai oleh Pengarah ACER Malaysia, Puan Kris Sundarsagar berharap agar ACER Malaysia dapat membantu Yayasan Terengganu memperkukuhkan kecemerlangan akademik khususnya bagi pelajar Sekolah-Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu (SMIYT) dengan menggunakan kaedah penyelidikan dalam menyediakan bukti kukuh bagi penambahbaikan sistem pendidikan berasaskan data.
Dalam sesi perbincangan ini, Yayasan Terengganu juga menzahirkan harapan tinggi bagi kerjasama strategik ini dalam menambahbaik dan memperkukuhkan kecemerlangan akademik khususnya bagi para pelajar SMIYT.
#yt2026
#membangunnilaimerintiskejayaan
#TerengganuMajuBerkatSejahtera
#MalaysiaMadani