Facebook
𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐘𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐄𝐑𝐈𝐌𝐀 𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐊𝐎𝐋𝐄𝐉 𝐀𝐋-𝐐𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 (𝐊𝐐𝐓)
𝟯 𝗠𝗲𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟲 | 𝗞𝗨𝗔𝗟𝗔 𝗧𝗘𝗥𝗘𝗡𝗚𝗚𝗔𝗡𝗨
Pengarah Yayasan Terengganu (YT), YBrs. Encik Ahmad Farhan bin Abdul Wahab hari ini menerima kunjungan hormat daripada delegasi Kolej Al-Quran Terengganu (KQT) yang diketuai oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Haji Wan Mat bin Haji Sulaiman selaku Ketua Eksekutif KQT.
Kunjungan ini bertujuan mengeratkan hubungan kerjasama strategik antara kedua-dua institusi, di samping membuka ruang perbincangan berkaitan pembangunan pendidikan berteraskan al-Quran dan kecemerlangan akademik.
Dalam pertemuan tersebut, kedua-dua pihak turut bertukar pandangan mengenai potensi kolaborasi dalam pelbagai bidang termasuk pembangunan pelajar, pengukuhan program pengajian serta inisiatif memperkasa modal insan negeri Terengganu.
Yayasan Terengganu menyambut baik kunjungan ini dan berharap jalinan kerjasama yang terhasil akan memberi manfaat besar kepada pembangunan pendidikan serta melahirkan generasi berilmu dan berakhlak mulia.
#yt2026
#membangunilaimerintiskejayaan
#TerengganuMajuBerkatSejahtera
#MalaysiaMadani