Facebook
𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐘𝐀𝐘𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 𝐇𝐀𝐃𝐈𝐑 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐀𝐏𝐑𝐄𝐒𝐈𝐀𝐒𝐈 & 𝐊𝐄𝐍𝐃𝐔𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐒𝐘𝐔𝐊𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐒𝐏𝐌 𝟐𝟎𝟐𝟓 𝐒𝐌𝐈𝐘𝐓 𝐁𝐄𝐒𝐔𝐓
𝟯𝟬 𝗔𝗽𝗿𝗶𝗹 𝟮𝟬𝟮𝟲 | 𝗕𝗘𝗦𝗨𝗧
Yang Berusaha Encik Ahmad Farhan bin Abdul Wahab, Pengarah Yayasan Terengganu telah meluangkan masa menghadiri Majlis Apresiasi & Kenduri Kesyukuran SPM 2025 Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Besut (SMIYT Besut) yang berlangsung dalam suasana penuh meriah dan bermakna.
Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Haji Nurkhuzaini bin Ab. Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Ekonomi Digital, Pendapatan Baharu, Perdagangan, Perindustrian & Teknologi Hijau merangkap Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMIYT Besut.
Penganjuran majlis ini bertujuan untuk menghargai dan meraikan kejayaan pelajar-pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025, di samping sebagai tanda penghargaan atas jasa dan pengorbanan para guru dalam mendidik serta membimbing pelajar ke arah kecemerlangan.
Kehadiran Pengarah Yayasan Terengganu mencerminkan komitmen berterusan pihak yayasan dalam menyokong kecemerlangan akademik dan pembangunan holistik pelajar di institusi pendidikan di bawah seliaannya.
Majlis turut diserikan dengan suasana kesyukuran dan kebersamaan antara pelajar, guru serta warga sekolah dalam meraikan kejayaan yang telah dicapai.
#yt2026
#membangunnilaimerintiskejayaan
#TerengganuMajuBerkatSejahtera
#MalaysiaMadani