info@yt.gov.my +609-621 1800 Soalan Lazim Peta Laman
| |

𝐊𝐄𝐉𝐎𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐒𝐌𝐈𝐘𝐓 𝐊𝐀𝐋𝐈 𝐊𝐄-𝟏𝟏 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐋𝐀𝐁𝐔𝐇 𝐓𝐈𝐑𝐀𝐈 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐂𝐄𝐌𝐄𝐑𝐋𝐀𝐍𝐆....

11/04/2026

Facebook
𝐊𝐄𝐉𝐎𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐒𝐌𝐈𝐘𝐓 𝐊𝐀𝐋𝐈 𝐊𝐄-𝟏𝟏 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐋𝐀𝐁𝐔𝐇 𝐓𝐈𝐑𝐀𝐈 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐂𝐄𝐌𝐄𝐑𝐋𝐀𝐍𝐆....
𝐊𝐄𝐉𝐎𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐒𝐌𝐈𝐘𝐓 𝐊𝐀𝐋𝐈 𝐊𝐄-𝟏𝟏 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐋𝐀𝐁𝐔𝐇 𝐓𝐈𝐑𝐀𝐈 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐂𝐄𝐌𝐄𝐑𝐋𝐀𝐍𝐆.

𝐊𝐄𝐌𝐀𝐌𝐀𝐍, 𝟏𝟏 𝐀𝐩𝐫𝐢𝐥 𝟐𝟎𝟐𝟔 – Kejohanan Sukan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Menengah IMTIAZ Yayasan Terengganu (MASSMIYT) Kali Ke-11 Tahun 2026 telah disempurnakan majlis penutupnya oleh YB Datuk Razali bin Idris, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim di Dewan Hayati Ilmi, SM IMTIAZ YT Kemaman.

Kejohanan yang berlangsung selama empat hari ini telah menghimpunkan seramai 1,142 atlet daripada seluruh rangkaian Sekolah Menengah IMTIAZ bagi merebut kejuaraan dalam 18 acara sukan yang dipertandingkan.

Dalam ucapan perasmian penutup, YB Datuk Razali Idris menekankan bahawa penganjuran MASSMIYT adalah manifestasi komitmen Yayasan Terengganu dalam melahirkan generasi teknokrat huffaz yang seimbang. Pembangunan modal insan secara holistik merangkumi aspek jasmani dan rohani ini adalah selaras dengan aspirasi Pelan Induk Terengganu Sejahtera 2030 (PITAS 2030).

Beliau turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Bahagian Pengurusan IMTIAZ Yayasan Terengganu dan pihak tuan rumah atas dedikasi dalam memastikan kelancaran penganjuran kejohanan pada tahun ini.

Tahniah diucapkan kepada semua atlet yang bertanding dengan semangat kesukanan yang tinggi. Semoga kecemerlangan ini diteruskan demi mengharumkan nama institusi IMTIAZ di peringkat yang lebih tinggi.




Galeri