info@yt.gov.my +609-621 1800 Soalan Lazim Peta Laman
| |

𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐘𝐀𝐘𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 𝐒𝐀𝐍𝐓𝐔𝐍𝐈 𝟓 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐒𝐌 𝐈𝐌𝐓𝐈𝐀𝐙 𝐘𝐀𝐘𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆...

31/03/2026

Facebook
𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐘𝐀𝐘𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 𝐒𝐀𝐍𝐓𝐔𝐍𝐈 𝟓 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐒𝐌 𝐈𝐌𝐓𝐈𝐀𝐙 𝐘𝐀𝐘𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆...
𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐘𝐀𝐘𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 𝐒𝐀𝐍𝐓𝐔𝐍𝐈 𝟓 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐒𝐌 𝐈𝐌𝐓𝐈𝐀𝐙 𝐘𝐀𝐘𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 𝐂𝐄𝐌𝐄𝐑𝐋𝐀𝐍𝐆 𝟏𝟐𝐀+ 𝐒𝐏𝐌 𝟐𝟎𝟐𝟓

𝟯𝟭 𝗠𝗮𝗰 𝟮𝟬𝟮𝟲 | 𝗞𝗨𝗔𝗟𝗔 𝗧𝗘𝗥𝗘𝗡𝗚𝗚𝗔𝗡𝗨

Pengarah Yayasan Terengganu, Yang Berusaha Encik Ahmad Farhan bin Abdul Wahab hari ini menyantuni lima pelajar cemerlang daripada Sekolah-Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu yang berjaya memperoleh keputusan 12A+ dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025.

Dalam pertemuan tersebut, beliau merakamkan penghargaan dan ucapan tahniah atas pencapaian luar biasa para pelajar yang telah mengharumkan nama institusi serta negeri Terengganu.

“Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang berjaya memperoleh keputusan cemerlang. Kejayaan ini adalah hasil usaha gigih, disiplin tinggi serta sokongan padu daripada guru dan ibu bapa,” katanya.

Beliau turut berharap kejayaan tersebut menjadi inspirasi kepada pelajar lain untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik dan sahsiah diri.

Pencapaian lima pelajar ini sekali gus membuktikan keberkesanan sistem pendidikan di Sekolah-Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu dalam melahirkan generasi berilmu, berakhlak dan berdaya saing.




Galeri