Facebook
𝟏𝟎𝟎 𝐎𝐑𝐀𝐍𝐆 𝐀𝐒𝐍𝐀𝐅 𝐃𝐀𝐍 𝐀𝐍𝐀𝐊 𝐘𝐀𝐓𝐈𝐌 𝐃𝐈𝐑𝐀𝐈 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐁𝐄𝐑𝐁𝐔𝐊𝐀 𝐏𝐔𝐀𝐒𝐀 & 𝐈𝐍𝐅𝐀𝐐 𝐑𝐀𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍 𝐀𝐍𝐉𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐀𝐋𝐔𝐌𝐍𝐈 𝐘𝐀𝐘𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔
𝟭𝟯 𝗠𝗮𝗰 𝟮𝟬𝟮𝟲 | 𝗞𝗨𝗔𝗟𝗔 𝗧𝗘𝗥𝗘𝗡𝗚𝗚𝗔𝗡𝗨
Alumni Yayasan Terengganu terus memperkukuh peranan sosial dan kemasyarakatan menerusi penganjuran Majlis Berbuka Puasa & Infaq Ramadan Alumni Yayasan Terengganu bersama Asnaf & Anak Yatim 1447H / 2026 yang berlangsung dengan penuh keberkatan di Delight Restaurant, di sini, hari ini.
Majlis berkenaan melibatkan seramai 100 orang asnaf dan anak yatim yang terdiri daripada pelajar SM IMTIAZ YT Kuala Nerus, SM IMTIAZ YT Marang, SM IMTIAZ YT Kuala Berang, PPYT Kuala Berang serta UCTATI. Penganjuran ini menjadi manifestasi komitmen berterusan alumni dalam menyantuni golongan memerlukan, khususnya sepanjang bulan Ramadan yang penuh keberkatan.
Majlis telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Mohd Nazri bin Muda, Timbalan Pengarah (Operasi) yang mewakili Pengarah Yayasan Terengganu. Turut hadir ialah Tuan Haji Mohd Rohaimi bin Yusof, Pengerusi Persatuan Alumni Pelajar Yayasan Terengganu bersama barisan Ahli Jawatankuasa Alumni.
Sebagai tanda keprihatinan dan sokongan menjelang sambutan Aidilfitri, setiap penerima telah menerima sumbangan Hari Raya berjumlah RM100.00 di samping penyertaan dalam cabutan bertuah yang menambah keceriaan suasana majlis.
Pihak penganjur turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada para penyumbang serta semua pihak yang telah menjayakan majlis ini. Diharapkan inisiatif seumpama ini dapat terus memupuk semangat kebersamaan, mengeratkan ukhuwah dan menyemai harapan dalam kalangan generasi penerus.
#yt2026
#membangunilaimerintiskejayaan
#MalaysiaMadani
#TerengganuMajuBerkatSejahtera