Facebook
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐
๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
๐๐จ๐๐๐ ๐ง๐๐ฅ๐๐ก๐๐๐๐ก๐จ | ๐ญ ๐๐ฒ๐ฏ๐ฟ๐๐ฎ๐ฟ๐ถ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ
Yayasan Terengganu (YT) terus komited memperkasa pembangunan modal insan negeri dengan meneroka peluang penguasaan bahasa asing menerusi kerjasama strategik bersama Japan Foundation Kuala Lumpur (JFKL) yang diketuai oleh Pengarahnya, Encik Tsukamoto Norihisa.
Inisiatif ini bertujuan memperluas akses pembelajaran bahasa Jepun dalam kalangan pelajar dan warga pendidikan Terengganu, selari dengan keperluan global serta peningkatan hubungan dua hala MalaysiaโJepun dalam bidang pendidikan, kebudayaan dan ekonomi.
Menurut Timbalan Pengarah (Pendidikan) YT, YBrs. Tuan Haji Megat Samsudin bin Megat Yusof, pendedahan kepada bahasa asing khususnya bahasa Jepun mampu meningkatkan kebolehpasaran pelajar, selain membuka peluang melanjutkan pengajian, latihan industri dan kerjaya di peringkat antarabangsa. Kerjasama ini juga dilihat sebagai platform untuk memupuk kefahaman silang budaya serta membina jaringan akademik yang lebih luas.
Perbincangan bersama Japan Foundation Kuala Lumpur turut merangkumi potensi pelaksanaan program latihan bahasa, bengkel kebudayaan, penyediaan bahan pembelajaran serta sokongan kepakaran tenaga pengajar. Usaha ini diharap dapat dilaksanakan secara berperingkat dan berimpak tinggi kepada kumpulan sasaran.
Yayasan Terengganu optimis bahawa kerjasama ini akan memberi nilai tambah kepada ekosistem pendidikan negeri, sekali gus menyokong aspirasi melahirkan generasi berdaya saing, berpengetahuan global dan bersedia menghadapi cabaran masa hadapan.
#yt2026
#membangunnilaimerintiskejayaan
#TerengganuMajuBerkatSejahtera
#MalaysiaMadani