Facebook
𝟓𝟒𝟑 𝐆𝐑𝐀𝐃𝐔𝐀𝐍 𝐈𝐌𝐓𝐈𝐀𝐙 𝐃𝐈𝐑𝐀𝐈, 𝐋𝐀𝐇𝐈𝐑 𝐇𝐔𝐅𝐅𝐀𝐙 𝐏𝐑𝐎𝐅𝐄𝐒𝐒𝐈𝐎𝐍𝐀𝐋 𝐁𝐄𝐑𝐓𝐄𝐑𝐀𝐒𝐊𝐀𝐍 𝐀𝐋-𝐐𝐔𝐑𝐀𝐍
𝟮𝟵 𝗝𝗮𝗻𝘂𝗮𝗿𝗶 | 𝗞𝗨𝗔𝗟𝗔 𝗧𝗘𝗥𝗘𝗡𝗚𝗚𝗔𝗡𝗨
Seramai 543 pelajar Tingkatan 5 dan 20 pelajar Tingkatan 6 Sekolah-Sekolah Menengah IMTIAZ Yayasan Terengganu diraikan dalam Majlis Graduasi dan Anugerah Hafazan Al-Quran Kali Ke-16 Tahun 2026 yang berlangsung di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam, hari ini.
Pengarah Yayasan Terengganu, Yang Berusaha Encik Ahmad Farhan bin Abdul Wahab berkata, kejayaan graduan IMTIAZ membuktikan keberkesanan sistem pendidikan yang berteraskan hafazan al-Quran, kecemerlangan akademik dan pembentukan sahsiah, sekali gus merealisasikan matlamat melahirkan Huffaz Profesional. Kejayaan itu turut disokong dengan peningkatan permohonan kemasukan ke IMTIAZ yang hampir mencecah 5,000 permohonan bagi kemasukan Tingkatan 1 tahun ini.
Menurut beliau, walaupun berdepan jadual pembelajaran yang padat, para pelajar tetap berjaya menamatkan hafazan al-Quran mengikut kurikulum ditetapkan, sekali gus menjadi pemangkin kepada pembangunan modal insan berkualiti untuk Negeri Terengganu.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan mewakili Menteri Besar Terengganu dalam ucapannya menegaskan bahawa penganjuran majlis ini selari dengan Pelan Induk Terengganu Sejahtera (PITAS 2030) yang menekankan pembangunan insan secara holistik merangkumi akademik, sahsiah, kepimpinan dan pemikiran kritis.
Dalam majlis sama, seramai 542 pelajar huffaz yang berjaya mengkhatamkan 30 juzuk al-Quran turut menerima pengiktirafan, dengan kerajaan negeri meluluskan hampir RM400,000 sebagai peruntukan penghargaan kepada para pelajar.
Kerajaan Negeri Terengganu turut memberi jaminan akan terus komited memperkasa pendidikan Islam dan tahfiz melalui sokongan berterusan kepada Yayasan Terengganu dan Sekolah-Sekolah Menengah IMTIAZ Yayasan Terengganu bagi melahirkan generasi Ulul Albab yang mampu menyumbang kepada pembangunan negeri dan ummah.
#yt2026
#melahirkangenerasiululalbab
#membangunnilaimerintiskejayaan
#MalaysiaMadani
#TerengganuMajuBerkatSejahtera