info@yt.gov.my +609-621 1800 Soalan Lazim Peta Laman
| |

𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐀𝐒𝐄𝐓 𝐀𝐋𝐈𝐇 𝐊𝐄𝐑𝐀𝐉𝐀𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐀𝐒𝐄𝐓 & 𝐒𝐓𝐎𝐑 𝐘𝐀𝐘𝐀𝐒𝐀𝐍...

21/01/2026

Facebook
𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐀𝐒𝐄𝐓 𝐀𝐋𝐈𝐇 𝐊𝐄𝐑𝐀𝐉𝐀𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐀𝐒𝐄𝐓 & 𝐒𝐓𝐎𝐑 𝐘𝐀𝐘𝐀𝐒𝐀𝐍...
𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐀𝐒𝐄𝐓 𝐀𝐋𝐈𝐇 𝐊𝐄𝐑𝐀𝐉𝐀𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐀𝐒𝐄𝐓 & 𝐒𝐓𝐎𝐑 𝐘𝐀𝐘𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔

𝟮𝟬 𝗝𝗮𝗻𝘂𝗮𝗿𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟲 | 𝗞𝘂𝗮𝗹𝗮 𝗧𝗲𝗿𝗲𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻𝘂

Kursus Aset Alih Kerajaan 2026 telah berjaya dilaksanakan selama 2 hari bertempat di Dewan Besar Yayasan Terengganu dengan penyertaan pegawai dan kakitangan Yayasan Terengganu.

Penganjuran kursus ini bertujuan memberi pendedahan serta memperkukuh kefahaman peserta berkaitan pengurusan aset alih dan pengurusan stor secara lebih sistematik, cekap serta selaras dengan peraturan dan pekeliling semasa kerajaan.

Kursus tersebut telah disampaikan oleh dua penceramah berpengalaman dari Pejabat Perbendaharaan Terengganu, iaitu Mohd Amizie Bin Yusof dan Siti Farah Binti Yahaya. Para peserta didedahkan dengan pengetahuan komprehensif serta amalan terbaik berkaitan pengurusan aset alih dan stor, termasuk aspek pematuhan, dokumentasi dan pengendalian aset yang berkesan.

Melalui penganjuran kursus ini, Yayasan Terengganu berharap pengurusan aset alih dan stor dapat dilaksanakan dengan lebih teratur, berintegriti serta menyokong kecekapan pengurusan organisasi secara keseluruhan.




Galeri