MAKSUD LOGO

Rajah menunjukkan Logo Yayasan Terengganu.

 

logo

 

  • Rekabentuk logo dihasilkan berdasarkan kepada konsep dan fungsi Yayasan Terengganu (YT).

  • Warna biru yang dipadankan membawa maksud kesediaan YT dalam memberi perkhidmatan yang terbaik.

  • Kuning menunjukkan nilai murni dan kesungguhan dalam melaksanakan tanggungjawab.

  • Hitam dan putih pula, selain melambangkan warna bendera Terengganu, ia melambangkan perkhidmatan yang cekap dan berkesan manakala warna merah pula melambangkan keberanian.

 

  • Elemen utama adalah simplikasi akronim Y dan T yang diaplikasi ke dalam rupa yang paling ringkas.

  • Rekabentuk yang seakan tangan yang menampung atau menadah menunjukkan fungsi dan kesediaan YT .

GAMBAR3

  • Bahagian ini pula mewakili imej buku dan mata pena yang mencerminkan pendidikan sebagai tanggungjawab utama YT.

  • Garisan dan rupa bulat melambangkan kepentingan IT sebagai salah satu aplikasi.

Print Email

LATAR BELAKANG

Yayasan Terengganu ditubuhkan pada 1 Mei 1972 di bawah Enakmen Terengganu Bil. 9 Tahun 1972 untuk membantu kerajaan memajukan industri Pendidikan di negeri ini sebagai wahana utama membangun modal insan.

Tujuan penubuhan ini termaktub dalam Enakmen berkenaan sebagai usaha untuk meningkat, memaju dan memperkembangkan peluang-peluang dan kemajuan-kemajuan pelajar rakyat negeri ini.

Hasrat penubuhan ini diterjemahkan kepada fungsi berikut:-

  1.            Menaja pelajar di institusi pengajian dan latihan kemahiran;
  2.            Membantu pelajar di peringkat persekolahan;
  3.            Menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan serta latihan; dan
  4.            Menyelaras segala bentuk bantuan pelajaran kepada pelajar-pelajar Terengganu di semua peringkat pengajian.

Bagi mengurus perjalanan pentadbiran Yayasan Terengganu  mengikut apa yang digariskan dalam enakmen, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) akan melantik 11 orang ahli bagi menganggotai Lembaga Pemegang-Pemegang Amanah Yayasan Terengganu di mana tiga (3) orang adalah merupakan ahli tetap dan lapan (8) orang ahli lain dilantik oleh Raja di dalam mesyuarat.

        Ahli Tetap:

        Y.A.B. Menteri Besar                       -    Pengerusi

        Y.B. Setiausaha Kerajaan                -    Timbalan Pengerusi.

        Y.B. Pegawai Kewangan Negeri       -    Ahli.

Lembaga Pemegang-Pemegang Amanah Yayasan Terengganu dibantu oleh 11 jawatankuasa kecil dan lembaga kecil yang ditubuhkan bagi memantapkan lagi pengurusan perjalanan pentadbiran Yayasan Terengganu, iaitu:-Jawatankuasa Perjawatan

    • Jawatankuasa Perjawatan
    • Jawatankuasa Pelaburan
    • Jawatankuasa Kewangan
    • Jawatankuasa Tajaan & Pembangunan Pendidikan
    • Jawatankuasa Tender
    • Jawatankuasa Panel Penilaian Hadiah Kecemerlangan
    • Jawatankuasa Kira-Kira Wang
    • Lembaga Kecil Tatatertib
    • Jawatankuasa Undang-Undang & Peraturan
    • Lembaga Kecil Rayuan Tatatertib
    • Lembaga Rayuan Naik Pangkat
    • Lembaga Rayuan Naik Pangkat

Print Email

More Articles ...