Bahagian Kutipan Balik Pinjaman adalah diwujudkan di Yayasan Terengganu untuk mentadbir dan mengurus hal ehwal tuntutan serta kutipan balik pinjaman pelajaran di samping menyediakan dasar dan prosedur bayaran balik yang berkesan.
FUNGSI:
1. Menguruskan tuntutan bayaran balik pinjaman kepada pelajar-pelajar yang telah diluluskan pinjaman semasa melanjutkan pelajaran di institusi pengajian yang ditaja samada di dalam atau di luar negara.
2. Membuat tuntutan kepada pelajar /peminjam tamat pengajian dan memastikan bayaran dibuat oleh peminjam dalam tempoh yang ditetapkan.
3. Memastikan bayaran balik yang dibuat oleh peminjam menetapi tahap maksimum yang ditetapkan.