Bantuan dan Kebajikan

Beberapa jenis bantuan kewangan di peringkat rendah dan menengah dapat dimanfaatkan oleh pelajar . Bantuan yang dimaksudkan adalah seperti berikut:-

  • Bantuan Wang Saku Murid Miskin Sek. Ren. Berasrama.
  • Bantuan Murid Sekolah Pendidikan Khas (Cacat Pendengaran). Setiap pelajar dibayar sebanyak RM 2.00 sehari x Bil. Hari Persekolahan Setahun.
  • Biasiswa Kecil Yayasan Terengganu (BKYT).

BKYT
BKYT ini diberi kepada pelajar yang layak dan tidak mendapat mana-mana anugerah biasiswa lain. Setiap pelajar ini dibayar RM600.00 setahun.

Bantuan Sekolah Angkat.

Yayasan mempunyai beberapa buah sekolah angkat dari kalangan sekolah persekutuan yang mempunyai kurang murid (SKM) di setiap daerah di Terengganu seperti berikut:

  • SK Kemat, Kuala Berang
  • SK Payoh, Kemaman.
  • SK Minda Talong, Dungun.
  • SK Jenang, Marang.
  • SK Pecah Rotan, Kuala Terengganu.
  • SK Tok Dor, Besut
  • SK Bukit Mundok, Setiu.

 

Print Email