Posted in Maklumat_penajaan

BIASISWA PROGRAM PROFESIONAL ACCA TAHUN 2020

Skim biasiswa ini diwujudkan bagi menggalakkan lebih ramai anak-anak Terengganu yang memperoleh kelayakan Pensijilan Perakaunan Professional dari Association of Chartered Certified Accountant (ACCA).

Biasiswa ini merangkumi Yuran Pengajian, Penginapan, Wang Saku dan lain-lain termasuk Professional Bodies Fees tertakluk kepada pengesahan bilangan kertas pengecualian dari pihak ACCA.

Tempoh pengajian/biasiswa adalah 1 - 2 tahun bagi Lepasan Ijazah dan 3 – 3.5 tahun bagi lepasan CAT/Diploma. Calon-calon yang berjaya dipilih akan ditempatkan di Kolej INTEC Shah Alam.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN:

A.    SYARAT UMUM

i.    Pemohon mestilah terdiri daripada Rakyat Negeri Terengganu di mana salah seorang ibu atau bapa pemohon berkenaan lahir di Negeri Terengganu.
ii.    Pemohon dan/atau ibu/bapa bukan rakyat Terengganu tetapi bermastautin selama 10 tahun atau lebih juga boleh memohon dengan menyertakan Sijil Kerakyatan atau surat akuan bermastautin.
iii.    Ibu/bapa dan/atau pemohon mestilah mendaftar sebagai pemilih/pengundi di Negeri Terengganu.
iv.    Keutamaan kepada pemohon dari keluarga berpendapatan rendah (B40).

B.    SYARAT KHUSUS

i)    Lepasan Ijazah
a)    Lulus Ijazah Sarjana Muda Perakaunan atau yang setaraf dari IPT yang diiktiraf
 dengan memperolehi sekurang-kurangnya CGPA 3.00
b)    Berumur tidak lebih dari 28 tahun (Sepenuh masa) dan 32 tahun (Separuh masa)
c)    Telah mendapat pengesahan kelayakan pengecualian sembilan (9) kertas dari pihak ACCA

    ii) Lepasan Certified Accounting Tehnician (CAT)
a)    Mendapat sekurang-kurangnya markah 65 pada peringkat CAT.
b)    Berumur tidak lebih daripada 21 tahun.
c)    Telah mendapat pengesahan kelayakan pengecualian 3 subjek ACCA.

iii) Lepasan Diploma Perakaunan
a)    Mendapat sekurang-kurangnya CGPA 3.5 Diploma Perakaunan dari IPT yang diiktiraf, kepujian Gred A dalam subjek Matematik  dan sekurang-kurangnya Gred B dalam subjek Bahasa Inggeris pada peringkat SPM.
b)    Berumur tidak lebih daripada 22 tahun.
c)    Telah mendapat pengesahan kelayakan pengecualian 3 subjek ACCA.

KAEDAH PERMOHONAN
Permohonan perlu dikemukakan secara atas talian (on-line) menerusi ytklik.terengganu.gov.my .

TARIKH BUKA & TUTUP PERMOHONAN
Buka :    13 Mac 2020
Tutup:  25 Mac 2020 jam 12.00 tgh malam


KEPUTUSAN TAWARAN

Penawaran biasiswa/pinjaman kepada pemohon yang berjaya akan dipertimbangkan berdasarkan kuota, merit , temuduga dan kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Tajaan & Transformasi Pendidikan dan Pembangunan Pendidikan Yayasan Terengganu.

Print