Posted in Maklumat_penajaan

TAWARAN BIASISWA YAYASAN TERENGGANU PERINGKAT SARJANA (MASTER) & DOKTOR FALSAFAH(PHD) TAHUN 2020

Bidang Pengajian     : Pelbagai (Sains/Kejuruteraan/Perakaunan/Undang-Undang    
  /Ekonomi/Sains Sosial)
Institusi Pengajian     : Universiti Awam Dalam Negara

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN:

A.    SYARAT UMUM

i.    Pemohon mestilah terdiri daripada Rakyat Negeri Terengganu di mana salah seorang ibu atau bapa pemohon berkenaan lahir di Negeri Terengganu.
ii.    Pemohon dan/atau ibu/bapa bukan rakyat Terengganu tetapi bermastautin selama 10 tahun atau lebih juga boleh memohon dengan menyertakan Sijil Kerakyatan atau surat akuan bermastautin.
iii.    Ibu/bapa dan/atau pemohon mestilah mendaftar sebagai pemilih/pengundi di Negeri Terengganu.
iv.    Keutamaan kepada pemohon dari keluarga berpendapatan rendah (B40).


B.    SYARAT KHUSUS
a)    Program Sarjana (Master)
i)    Lulus Ijazah Sarjanamuda dari universiti-universiti dan kursus yang diiktiraf (dalam dan luar negara) dengan mendapat sekurang-kurangnya CGPA 3.50 atau setaraf
ii)    Telah mendapat tempat/penawaran dari Universiti Dalam Negara
iii)    Pengajian Sepenuh Masa & Tidak bekerja
iv)    Berumur tidak melebihi 28 tahun semasa memohon.
v)    Keutamaan diberikan kepada calon-calon mod pengajian secara penyelidikan yang telah menyelesaikan Proposal Defense

b)    Program Doktor Falsafah (PhD)
i)    Lulus Ijazah Sarjana (Master) dari universiti-universiti dan kursus yang diiktiraf (dalam dan luar negara)
ii)    Telah mendapat tempat/penawaran dari Universiti Dalam Negara
iii)    Pengajian Sepenuh Masa & Tidak bekerja
iv)    Berumur tidak melebihi 32 tahun semasa memohon.
v)    Keutamaan diberikan kepada calon-calon yang telah menyelesaikan Proposal Defense
    
KAEDAH PERMOHONAN
Permohonan perlu dikemukakan secara atas talian (on-line) menerusi ytklik.terengganu.gov.my .

TARIKH BUKA & TUTUP PERMOHONAN
Buka :    13 Mac 2020
Tutup:  25 Mac 2020 jam 12.00 malam


KEPUTUSAN TAWARAN

Penawaran biasiswa/pinjaman kepada pemohon yang berjaya akan dipertimbangkan berdasarkan kouta, merit , temuduga dan kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Tajaan & Transformasi Pendidikan dan Pembangunan Pendidikan Yayasan Terengganu.

Print