Bidang Pengajian : Pelbagai (Sains/Kejuruteraan/Perakaunan/Undang-Undang
/Ekonomi/Sains Sosial)
Institusi Pengajian : Universiti Awam Dalam Negara
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN:
A. SYARAT UMUM
i. Pemohon mestilah terdiri daripada Rakyat Negeri Terengganu di mana salah seorang ibu atau bapa pemohon berkenaan lahir di Negeri Terengganu.
ii. Pemohon dan/atau ibu/bapa bukan rakyat Terengganu tetapi bermastautin selama 10 tahun atau lebih juga boleh memohon dengan menyertakan Sijil Kerakyatan atau surat akuan bermastautin.
iii. Ibu/bapa dan/atau pemohon mestilah mendaftar sebagai pemilih/pengundi di Negeri Terengganu.
iv. Keutamaan kepada pemohon dari keluarga berpendapatan rendah (B40).
B. SYARAT KHUSUS
a) Program Sarjana (Master)
i) Lulus Ijazah Sarjanamuda dari universiti-universiti dan kursus yang diiktiraf (dalam dan luar negara) dengan mendapat sekurang-kurangnya CGPA 3.50 atau setaraf
ii) Telah mendapat tempat/penawaran dari Universiti Dalam Negara
iii) Pengajian Sepenuh Masa & Tidak bekerja
iv) Berumur tidak melebihi 28 tahun semasa memohon.
v) Keutamaan diberikan kepada calon-calon mod pengajian secara penyelidikan yang telah menyelesaikan Proposal Defense
b) Program Doktor Falsafah (PhD)
i) Lulus Ijazah Sarjana (Master) dari universiti-universiti dan kursus yang diiktiraf (dalam dan luar negara)
ii) Telah mendapat tempat/penawaran dari Universiti Dalam Negara
iii) Pengajian Sepenuh Masa & Tidak bekerja
iv) Berumur tidak melebihi 32 tahun semasa memohon.
v) Keutamaan diberikan kepada calon-calon yang telah menyelesaikan Proposal Defense
KAEDAH PERMOHONAN
Permohonan perlu dikemukakan secara atas talian (on-line) menerusi ytklik.terengganu.gov.my .
TARIKH BUKA & TUTUP PERMOHONAN
Buka : 13 Mac 2020
Tutup: 25 Mac 2020 jam 12.00 malam
KEPUTUSAN TAWARAN
Penawaran biasiswa/pinjaman kepada pemohon yang berjaya akan dipertimbangkan berdasarkan kouta, merit , temuduga dan kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Tajaan & Transformasi Pendidikan dan Pembangunan Pendidikan Yayasan Terengganu.