Posted in Maklumat_penajaan

TAWARAN BIASISWA SKIM PELAJAR CEMERLANG YAYASAN TERENGGANU PERINGKAT IJAZAH PERTAMA TAHUN 2020 (KATEGORI LEPASAN STPM/STAM/ASASI/MATRIKULASI/DIPLOMA TAHUN 2019)

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN:

A.    SYARAT UMUM

i.    Pemohon mestilah terdiri daripada Rakyat Negeri Terengganu di mana salah seorang ibu atau bapa pemohon berkenaan lahir di Negeri Terengganu.
ii.    Pemohon dan/atau ibu/bapa bukan rakyat Terengganu tetapi bermastautin selama 10 tahun atau lebih juga boleh memohon dengan menyertakan Sijil Kerakyatan atau surat akuan bermastautin.
iii.    Ibu/bapa dan/atau pemohon mestilah mendaftar sebagai pemilih/pengundi di Negeri Terengganu.
iv.    Keutamaan kepada pemohon dari keluarga berpendapatan rendah (B40).

B.    SYARAT KHUSUS

1.    IJAZAH PERTAMA (PELBAGAI BIDANG)

i)    Telah mendapat tawaran/tempat mengikuti pengajian di Universiti Awam dalam Negara yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia
i)    Telah lulus dengan cemerlang (CGPA 3.75 keatas)  dalam peperiksaan akhir peringkat persediaan (Matrikulasi/Asasi) atau Diploma sesi 2019/2020 DAN memperoleh sekurang-kurangnya Gred B+ dalam 8 matapelajaran  termasuk  matapelajaran Matematik, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris peringkat peperiksaan SPM.
     
ATAU
Telah lulus dengan cemerlang (Mumtaz/CGPA 3.75 keatas) dalam peperiksaan STPM/STAM 2019 DAN memperoleh sekurang-kurangnya Gred B+ dalam 8 matapelajaran  dan minimum Gred B dalam Bahasa Melayu serta minimum Gred C dalam Bahasa Inggeris diperingkat peperiksaan SPM

ATAU
Telah lulus dengan cemerlang (sekurang-kurangnya CGPA 3.75) ditahun pertama dalam peperiksaan peringkat Ijazah Pertama


ii)    Keutamaan diberi kepada mereka yang mengikuti bidang/kursus iktisas dan kritikal.

KAEDAH PERMOHONAN
Permohonan perlu dikemukakan secara atas talian (on-line) menerusi ytklik.terengganu.gov.my .

TARIKH BUKA & TUTUP PERMOHONAN

Buka : Julai 2020 (Dimaklumkan kemudian)
Tutup: Dimaklumkan kemudian


KEPUTUSAN TAWARAN
Penawaran biasiswa kepada pemohon yang berjaya akan dipertimbangkan berdasarkan kouta, merit , temuduga dan kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Tajaan & Transformasi Pendidikan dan Pembangunan Pendidikan Yayasan Terengganu.

Print