TAWARAN BIASISWA SKIM PELAJAR CEMERLANG YAYASAN TERENGGANU PERINGKAT PERSEDIAAN/FOUNDATION & IJAZAH PERTAMA TAHUN 2020 (KATEGORI LEPASAN SPM TAHUN 2019)

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN:

A.    SYARAT UMUM

i.    Pemohon mestilah terdiri daripada Rakyat Negeri Terengganu di mana salah seorang ibu atau bapa pemohon berkenaan lahir di Negeri Terengganu.
ii.    Pemohon dan/atau ibu/bapa bukan rakyat Terengganu tetapi bermastautin selama 10 tahun atau lebih boleh juga memohon dengan menyertakan Sijil Kerakyatan atau surat akuan bermastautin.
iii.    Ibu/bapa dan/atau pemohon mestilah mendaftar sebagai pemilih/pengundi di Negeri Terengganu.
iv.    Keutamaan kepada pemohon dari keluarga berpendapatan rendah (B40).

B.    SYARAT KHUSUS

1.    PENGAJIAN LUAR NEGARA


1.1    IJAZAH PERUBATAN/PERGIGIAN DI JORDAN & MESIR

i)    Lulus SPM 2019 dengan memperoleh Gred A (-A, A atau A+) dalam sekurang-kurangnya 8 matapelajaran termasuk 3 matapelajaran Sains Tulen, Matematik, Matematik Tambahan, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab Tinggi.
ii)    Telah membuat permohonan secara atas talian (on-line) melalui Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia.
iii)     Tawaran biasiswa kepada pemohon yang berjaya tertakluk kepada penerimaan Surat Tawaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia.

1.2 IJAZAH PENGAJIAN ISLAM (PERBANKAN ISLAM) DI JORDAN

i)    Lulus SPM 2019 dengan memperoleh Gred A (-A, A atau A+) sekurang-kurangnya dalam 8 matapelajaran  termasuk Bahasa Melayu, Matematik, Bahasa Arab Tinggi, Pendidikan Al-Quran & Sunnah dan Pendidikan Syariah Islamiah.
ii)    Telah membuat permohonan secara atas talian (on-line) melalui Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia.
iii)    Tawaran biasiswa kepada pemohon yang berjaya tertakluk kepada penerimaan Surat Tawaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia.

1.3 FOUNDATION/A-LEVEL

i)    Lulus SPM 2019 dengan memperoleh minimum Gred A ( A atau A+)  sekurang-kurangnya dalam 8 matapelajaran  termasuk 3 matapelajaran Sains Tulen, Matematik, Matematik Tambahan, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris

ii)    Penawaran biasiswa ke peringkat Ijazah Pertama DI LUAR NEGARA tertakluk kepada ;

a)    Memperoleh keputusan peperiksaan cemerlang diperingkat FOUNDATION/A-LEVEL dengan pencapaian sekurang-kurangnya 2A,1B/CGPA 3.75 atau setaraf, dan

b)    Memperoleh tawaran/mendapat tempat di Universiti diiktiraf oleh kerajaan Malaysia dan keutamaan dalam bidang-bidang SAINS/KEJURUTERAAN/PERAKAUNAN yang dipersetujui oleh Yayasan Terengganu.


2.    PENGAJIAN DALAM NEGARA

2.1     PERINGKAT PERSEDIAAN (Matrikulasi/Asasi)

i)    Lulus SPM 2019 dengan memperoleh sekurang-kurangnya Gred A (-A, A atau A+) dalam 8 matapelajaran  termasuk 3 matapelajaran Sains Tulen, Matematik, Matematik Tambahan, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
ii) Telah menerima tawaran di pusat pengajian pengajian persediaan (Matrikulasi/Asasi) di IPTA

iii)    Penawaran biasiswa ke peringkat Ijazah Pertama (di IPTA dalam Negara sahaja) tertakluk kepada ;

a)    Memperoleh keputusan peperiksaan cemerlang peringkat Persediaan (Matrikulasi/Asasi) dengan pencapaian sekurang-kurangnya CGPA 3.75 atau setaraf, dan
b)    Memperoleh tawaran/mendapat tempat di IPTA dengan keutamaan dalam bidang-bidang  pengajian iktisas dan kritikal.

KAEDAH PERMOHONAN
Permohonan perlu dikemukakan secara atas talian (on-line) menerusi ytklik.terengganu.gov.my .


TARIKH BUKA & TUTUP PERMOHONAN

Program Pengajian Luar Negara (A-Level & Ijazah Pertama) :
Buka :    13 Mac 2020TAWARAN BIASISWA SKIM PELAJAR CEMERLANG YAYASAN TERENGGANU PERINGKAT PERSEDIAAN/FOUNDATION & IJAZAH PERTAMA TAHUN 2020
 (KATEGORI LEPASAN SPM TAHUN 2019)
Tutup:  25 Mac 2020 jam 12.00 malam

Program Pengajian Dalam Negara (Asasi/Matrikulasi) :
Buka : April/Mei 2020 (Dimaklumkan kemudian)
Tutup: Dimaklumkan kemudian

KEPUTUSAN TAWARAN
Penawaran biasiswa/pinjaman kepada pemohon yang berjaya akan dipertimbangkan berdasarkan kouta, merit , temuduga dan kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Tajaan & Transformasi Pendidikan dan Pembangunan Pendidikan Yayasan Terengganu.

Print Email