Jawatan Kosong T-Help

Dalam usaha untuk merealisasikan hasrat Kerajaan Negeri Terengganu untuk memperkasakan Bahasa Inggeris dan memastikan semua pelajar lulus dalam matapelajaran Bahasa Inggeris SPM Tahun 2016, Yayasan Terengganu dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu akan melaksanakan projek TRENGLISH di mana Pembantu Guru Bahasa Inggeris/T-HELP (TERENGGANU HIRED ENGLISH LEARNING PERSONEL) diperlukan untuk membantu guru-guru Bahasa Inggeris sedia ada di sekolah-sekolah di Negeri Terengganu.

Yayasan Terengganu dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia keutamaan rakyat Negeri Terengganu yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut :

1.   (a) Jawatan                :        PEMBANTU GURU BAHASA INGGERIS(T-HELP)              

(b) Taraf Jawatan       :        Kontrak (Contract For Service)              

(c) Elaun                    :        RM2000.00 sebulan (Ijazah)     RM1500.00 sebulan (Diploma)              

(d) Penempatan           :       Sekolah Menengah/Rendah terpilih di Seluruh Terengganu2.     

Syarat Lantikan

i- Keutamaan kepada Rakyat Negeri Terengganu

ii-Memiliki Diploma/Ijazah dalam bidang TESL/Bahasa Inggeris/ Komunikasi Bahasa Inggeris dari Institusi yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia

iii- Fasih dalam Bahasa Inggerisiv- Celik ICT

3.      Deskripsi Tugas:i- Rancang dan laksana aktiviti berasaskan komunikasi seperti English In Camp, Short Drama, Spelling Bee dsb melalui Persatuan Bahasa Inggeris, sesi petang/ pagi / Sabtu / kelas ganti.

ii- Kendali klinik komunikasi Bahasa Inggeris secara kumpulan kecil pada waktu di luar waktu pembelajaran formal menggunakan modul-modul `Let’s Talk Basic Talk’ terbitan UMT.

iii- Sedia dan selenggara profil perkembangan murid dalam komunikasi Bahasa Inggeris

4.       CATATAN AM

i- Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temu duga;

ii- Permohonan yang tidak menerima jawapan dalam tempoh enam (6) bulan selepas iklan jawatan yang tutup dianggap tidak berjaya.

5.      Permohonan dibuka sepanjang tahun.

button borang permohonan

 

Print Email