PERMOHONAN KEMASUKAN KE TINGKATAN SATU SEKOLAH MENENGAH IMTIAZ YAYASAN TERENGGANU TAHUN 2021.

Pengambilan Imtiaz 2020 1

A. KEMASUKAN KE TINGKATAN SATU SEKOLAH MENENGAH IMTIAZ YAYASAN TERENGGANU

Permohonan adalah dipelawa kepada Pelajar Tahun 6 yang telah menduduki Ujian Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) ATAU yang berdaftar bagi menduduki PKSK bagi negeri-negeri yang belum melaksanakan PKSK serta berminat memasuki Tingkatan Satu di Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu (SMIYT) pada tahun 2021 untuk membuat permohonan secara online melalui laman web ytklik.terengganu.gov.my yang akan dibuka bermula 22 DISEMBER 2020.

Kemasukan ke Tingkatan Satu SMIYT adalah sebagaimana berikut:
1.    Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu – Besut   
2.    Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu – Dungun
3.    Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu – Kuala Berang
4.    Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu – Kuala Terengganu
5.    Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu – Kemaman
6.    Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu – Setiu
7.    Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu – Kuala Nerus
8.    Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu – Marang

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN KE TINGKATAN SATU SMIYT TAHUN 2021:

1.    LULUS ujian Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) sebagaimana yang ditetapkan oleh Yayasan Terengganu.
2.    Pemohon mestilah warganegara Malaysia rakyat Terengganu:
•    ibu atau/dan bapa lahir di Terengganu; ATAU
•    ibubapa telah bermastautin di Terengganu terus-menerus tidak kurang dari 10 tahun dan mempunyai niat serta bukti-bukti yang menunjukkan akan tinggal tetap di Terengganu.
3.    Lulus dalam sesi temu duga yang merangkumi ujian hafazan, personaliti dan bertulis (Kecerdasan Intelektual dan Insaniah).
4.    Lulus pemeriksaan kesihatan oleh doktor yang bertauliah, sihat tubuh badan dan bebas daripada sebarang penyakit kronik, penyakit lelah atau penyakit berjangkit.
5.    Bersetuju menerima SMIYT yang ditawarkan – penempatan pelajar berdasarkan kekosongan yang ada dan ditetapkan oleh pengurusan Yayasan Terengganu.
6.    Bersetuju mematuhi sepenuhnya semua peraturan dan arahan SMIYT yang berkaitan.

Untuk makluman, pada tahun 2021 pihak Yayasan Terengganu juga akan membuka satu Kelas Tahfiz Mandarin bagi memberi peluang kepada calon-calon yang berminat dengan Bahasa Cina di SMIYT terpilih. Syarat kemasukan ke Kelas Tahfiz Mandarin ini adalah sama sebagaimana syarat-syarat kemasukan ke Tingkatan Satu SMIYT Tahun 2021 sebagaimana dinyatakan di atas. Pemohon-pemohon yang berminat, boleh membuat pilihan bagi mengikuti Kelas Tahfiz Mandarin ini semasa sesi temu duga kemasukan kelak.

B. KEMASUKAN KE TINGKATAN SATU PROGRAM KHAS TAHFIZ MANDARIN SMIYT MARANG

Yayasan Terengganu telah melaksanakan Program Khas Tahfiz Mandarin bermula tahun 2020 bagi Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Marang. Tawaran dipelawa kepada pelajar Tahun 6 dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, SJK(C) atau calon yang mengambil mata pelajaran Bahasa Cina yang berminat untuk mengikuti Program Khas Tahfiz Mandarin di SMIYT Marang SAHAJA sebagaimana syarat di bawah. Calon-calon berminat boleh membuat permohonan secara online melalui laman web ytklik.terengganu.gov.my yang akan dibuka bermula 22 DISEMBER 2020.

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN KE TINGKATAN SATU PROGRAM KHAS TAHFIZ MANDARIN DI SMIYT MARANG TAHUN 2021:

1.    LULUS ujian Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) sebagaimana yang ditetapkan oleh Yayasan Terengganu.
2.    Mengambil mata pelajaran Bahasa Cina - keutamaan diberikan kepada calon daripada SJK(C).
3.    Boleh membaca dan minat menghafaz Al-Quran.
4.    Pemohon mestilah warganegara Malaysia rakyat Terengganu:
•    ibu atau/dan bapa lahir di Terengganu; ATAU
•    ibubapa telah bermastautin di Terengganu terus-menerus tidak kurang dari 10 tahun dan mempunyai niat serta bukti-bukti yang menunjukkan akan tinggal tetap di Terengganu.
5.    Lulus dalam sesi temu duga yang merangkumi ujian hafazan, personaliti dan bertulis (Kecerdasan Intelektual dan Insaniah).
6.    Lulus pemeriksaan kesihatan oleh doktor yang bertauliah, sihat tubuh badan dan bebas daripada sebarang penyakit kronik, penyakit lelah atau penyakit berjangkit.
7.    Bersetuju menerima penempatan di SMIYT Marang.
8.    Bersetuju mematuhi sepenuhnya semua peraturan dan arahan SMIYT yang berkaitan.

_____________________________________________________________________________________________

Semakan permohonan, panggilan temu duga dan surat tawaran boleh dibuat dari semasa ke semasa melalui laman web ytklik.terengganu.gov.my. Pihak pengurusan juga berhak menolak permohonan ini sekiranya didapati tidak memenuhi syarat-syarat sebagaimana di atas.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN ADALAH PADA 29 JANUARI 2021

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi :

PENGARAH
YAYASAN TERENGGANU
Bangunan Yayasan, Jalan Sultan Ismail
20200 Kuala Terengganu, Terengganu.
(u.p : Bahagian Pengurusan Imtiaz)    


 Tel        : 09-622 1733
  Faks         : 09-623 2944
  Emel     : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
  

Semakan permohonan, panggilan temu duga dan surat tawaran boleh dibuat dari semasa ke semasa melalui laman web  bermula 22 Disember 2020. Pihak pengurusan juga berhak menolak permohonan ini sekiranya didapati tidak memenuhi syarat-syarat sebagaimana di atas.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN ADALAH PADA 29 JANUARI 2021.

Print Email

Senarai Berita