TAHFIZ MANDARIN PERTAMA DI MALAYSIA

Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu (SMIYT) Marang menjadi sekolah tahfiz pertama yang menubuhkan kelas aliran bahasa Mandarin di Malaysia.

Para pelajar akan mengikuti sukatan pelajaran seperti biasa termasuk program hafazan dan mereka juga akan belajar bahasa Mandarin untuk mengikuti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) setelah lima tahun pengajian.

Untuk rekod, pendaftaran pelajar Tingkatan Satu, Program Tahfiz Mandarin bermula 28 Januari 2020 melibatkan seramai 19 orang pelajar yang lulus dalam proses temuduga sebelum ini.

Print Email

Senarai Berita