PENDAFTARAN PELAJAR PROGRAM TAHFIZ MANDARIN SEK MEN IMTIAZ YT MARANG

•    Merealisasikan hasrat kerajaan negeri dalam pelaksanaan program Tahfiz Mandarin di Sek Men Imtiaz YT marang pada tahun ini.
•    Penubuhan Program Tahfiz Mandarin di SM Imtiaz Yayasan Terengganu bertujuan untuk membolehkan program multi-lingua dapat dilaksanakan kepada pelajar-pelajar selaras dengan hasrat untuk melahirkan Generasi Ulul Albab yang menekan aspek Ensiklopedik iaitu pelajar mahir sekurang-kurangnya dua bahasa asing.

•    Program Tahfiz Mandarin SMIYT ini bertujuan melahirkan pelajar berkebolehan menghafaz surah serta dapat menguasai Bahasa Cina bagi menghadapi cabaran di abad ke 21.
•    Pendaftaran pelajar pertama Tingkatan satu di Sek Men Imtiaz Yt Marang telah diadakan pada 28 Januari 2020.
•    Seramai 15 orang pelajar telah mendaftar yang terdiri daripada 5 orang pelajar lelaki manakala 10 orang pelajar perempuan.
•    Para pelajar akan mengikuti program orentasi pada minggu pertama dan kemudiannya program Asasi Ulul Albab sebagaimana pelajar Imtiaz yang lain.

Print Email

Senarai Berita