MAJLIS ANUGERAH PINGAT EMAS YAYASAN TERENGGANU TAHUN 2019 (KALI KE 40) DAN HADIAH KECEMERLANGAN SPM, STPM & STAM 2018

KUALA TERENGGANU, 7 Mei 2019 - Berlangsungnya Majlis Anugerah Pingat Emas Yayasan Terengganu Tahun 2019 (Kali ke 40) dan Hadiah Kecemerlangan SPM, STPM & STAM 2018 di rasmikan oleh YAB. Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar Menteri Besar Terengganu, di Dewan Besar Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu. Anugerah Pingat Emas merupakan salah satu inisiatif dan langkah Kerajaan Negeri melalui Yayasan Terengganu dalam menghargai dan mengiktiraf setiap usaha pelajar bagi meraih kecemerlangan dalam bidang akademik, kokurikulum mahupun sahsiah diri. Tinggi harapan Kerajaan Negeri, dengan melalui Anugerah ini dapat memberikan rangsangan padu kepada para pelajar agar senantiasa mencipta kecemerlangan demi kecemerlangan sekaligus mengembang dan meningkatkan tahap pendidikan di Negeri Terengganu.

Print